Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ada di kalangan netizen mula berdebat mengenai jumlah duit raya yang patut tetamu beri kepada kanak-kanak yang datang ke rumah.
Ada yang kata orang zaman sekarang patut memberi sekurang-kurang RM5 ke atas sebagai duit raya dan nilai seperti RM1 tidak lagi relevan diberikan kepada kanak-kanak.
Anak Hanis Zalikha seronok dapat duit raya
Pun begitu, menerusi perkongsian pelakon dan juga instafamous terkenal, Hanis Zalikha di TikTok, dia memaparkan reaksi anak-anaknya, Yusuf dan juga Alisa dilihat dalam sesi membuka sampul duit raya.
Kedua-dua kanak-kanak ini nampak sangat teruja dan apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi mereka setiap kali membuka sampul duit raya walaupun duit yang diterima hanyalah sekadar beberapa ringgit sahaja.
@haniszalikha Money! Mr.Krab money!
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Di hujung video juga, kedengaran Hanis mengajar anak-anaknya berdoa kepada mereka yang telah memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak ini dengan memberikan duit raya tersebut.
“Anak hanis zalikha pon excited dapat duit singgit2, anak orang biasa mengeluh klo dapat duit singggit2”
Sikap sopan dan bersyukur yang dipaparkan Yusuf dan Alisa itu telah mendapat pujian netizen ramai.
Rata-rata suka dengan sikap anak-anak tersebut yang tidak merungut dengan nilai wang yang diterima seperti sesetengah kanak-kanak.
Bagus betul mak ayah dia didik anak-anak. Seronok sangat tengok reaction dia orang.
Baca: “Macam orang dewasa” – [VIDEO] Budak Perempuan Selamba Beli Emas Guna Duit Raya Sendiri!