in

“Tergugat iman sis” – Ramai Tak Tentu Arah Tengok Nazim Othman Tukar Pakaian Dalam Kereta

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan pelakon Nazim Othman kan? Lagi-lagi bila wajahnya sering disamakan dengan pelakon Korea Lee Min Ho.


Baru-baru ini, Instagram pelakon kacak ini telah menjadi perhatian ramai apabila dia kongsikan video menyalin pakaian di dalam kereta.

“Terpaksa bersiap dalam kereta je”

Menerusi kapsyen, Nazim mengatakan yang kadang-kadang tu ekoran kekangan masa memang dia terpaksa bersiap di dalam kereta sahaja.

Kalau korang tengok video yang dikongsikan oleh Nazim ini, korang boleh tengok pelakon ini tanpa segan silu turut tunjuk susuk tubuh badannya yang sasa untuk tatapan umum.

“Tergugat iman sis”

Perkongsiannya ini jelasnya telah membuatkan beberapa netizen terpukau dan tak tentu arah melihat pelakon ini menukar baju dan seluarnya di dalam kereta. Sampai ada yang panggil bomba sebab hot sangat. Amboiiii

Screenshot 2023 03 16 At 2.01.33 Pm Down

Untuk pengetahuan korang, Nazim kini sedang membintangi drama bertajuk Isteri Halal yang ditayangkan di Astro Ria jam 6 petang.

Kalau korang tak puas tengok Nazim, korang boleh sambung tengok dia kat TV pulak…

 

Baca: “Ya Allah sedihnya..” – Peminat Rasa Nak Nangis Tengok Lakonan Hebat Nazim Othman

Screenshot 2023 03 16 At 2.17.57 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.