Sekilas pandang kalau tengok dari jauh nampak seperti objek yang sedang tergantung di udara tanpa sebarang tali atau penyangkut.
Bila diamati dengan dekat, ia kelihatan lebih pelik apabila seekor burung dilihat terapung dalam keadaan statik dan tidak boleh mengepak sayapnya. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, orang ramai berteka-teki mengenai kejadian pelik ini yang dikatakan berlaku berhampiran MRT Damansara pada 12 November lalu.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1459826595426758659?s=21
Bukan kejadian mistik, anggota bomba datang menyelamat
Menerusi video itu juga dapat dilihat dua orang anggota bomba berdiri di atas jentera bomba dengan memegang sebatang kayu panjang dalam usaha cuba menyelamatkan burung berkenaan hingga menyebabkan jalan raya tersebut sesak dikerumuni orang ramai.
Menurut Kosmo, kejadian itu bukanlah satu perkara mistik apabila pihak Bomba Selangor sendiri mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa rupanya burung itu tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang. Oh ingatkan kenapa tadi…
Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.
“Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi,” kata kenyataan itu.
Video yang berdurasi 37 saat itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata masih lagi bingung dengan apa yang berlaku dan berharap burung tersebut sudah berjaya selamatkan diri.
Syukurlah burung tu pun dah berjaya selamatkan diri sendiri. Harap tak tersangkut lagi kat mana-mana tali.
Baca: “Nama saya Emily!” – Seram! Lelaki Jumpa Patung & Surat Misteri Dalam Dinding Rumah, Rupanya…