in

“Tercampak masuk longkang” – Lelaki Tunggang Motor Meninggal Dunia Terlanggar Tayar Lori Balak Tercabut

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan. Penunggang lelaki berusia 22 tahun itu dilaporkan telah terlanggar tayar sebuah kenderaan berat yang tercabut secara tiba-tiba.

Mangsa yang ketika itu sedang menunggang motor di jalan Jengka 14  telah terlanggar tayar yang tiba-tiba melintasi laluan jalan di hadapannya itu.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang berasal dari Felda Mawar Jengka 10 tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Melalui Facebook, ramai netizen yang bersimpati dengan kematian mangsa dan menyifatkan ianya sebagai kecuaian pihak lain.

Ada yang turut berkata, situasi tayar lori tercabut ini bukanlah perkara baru malah dan banyak kali berlaku sebelum ini. Beberapa netizen berharap agar keluarga menuntut keadilan bagi pihaknya agar pihak berwajib tahu perkara sebegini bukan untuk diambil sambil lewa.

Baca: “Meninggal mlm jumaat skali dgn oyen” – Penunggang Motor Maut Langgar Pasu Waktu Cuba Elak Kucing Melintas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook