in

“Tok Kadi dah book” – Pengantin Lelaki Kemalangan, Lafaz Akad Nikad Dalam Ambulans

Ft Nikah Dalam Van Ambulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persiapan semua dah buat, tinggal tunggu hari je, tapi tahu-tahu ada masalah lain pula timbul, nak tak nak kena teruskan juga. Ya lah, nak nikah ni kena ada Tok Kadi, Tok Kadi pula waktu memang padat, sekali terlepas, memang kena tunggu lama kan?


Ceritanya ada satu pasangan ini bakal melangsungkan pernikahannya pada keesokan hari, namun tak diduga si pengantin lelaki terlibat dalam satu kemalangan pada hari tersebut.

 

Tok Kadi pun dah book

Jadi memandangkan persiapan semua sudah dibuat, pasangan tersebut teruskan pernikahan mereka di dalam ambulans, ini kerana akibat kemalangan itu, pengantin lelaki mengalami patah tulang pehanya. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Pahang baru-baru ini.

https://www.tiktok.com/@fareezfernandez/video/7115430333973024026?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Peristiwa bersejarah buat pasangan ini tular menerusi TikTok @fareezfernandez dan meraih lebih daripada 164K jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia ke anak cucu dan berdoa supaya pengantin lelaki tersebut cepat sembuh.

 

Kenangan pada waktu kelak – Netizen

Nikah Dalam Van Ambulan Nikah Dalam Van Ambulan 2 Nikah Dalam Van Ambulan 3 Nikah Dalam Van Ambulan 4

Ramai juga yang tak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Apapun settlekan je nikah dulu, bab-bab lain boleh fikir balik, yang penting pasangan ini dah selamat diijabkabulkan. Tahniah!

Baca : Wanita Kongsi Pengalaman Nikahi Lelaki Sembunyi Penyakit OCD, Dicerai Lepas 8 Hari Bernikah Melalui WhatsApp

Ocd Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.