in

TERBONGKAR! Wartawan Penyiasat Dedah China Tuai Organ Tahanan Islam Uyghur, ‘Derma’ Dekat Pesakit Coronavirus!

Coronavirus Uyghur

Seorang wartawan penyiasat mendedahkan tentang tindakan China menuai organ kaum Ughyur yang berada di dalam kem tahanan Xinjiang untuk diberikan kepada pesakit Covid-19!

Menurut Daily Star, lebih 3 juta umat Islam Ughyur berdepan risiko bila-bila masa diarahkan untuk bersetuju ‘menderma’ organ mereka jika berlakunya kecemasan membabitkan pesakit Covid-19 di sana.

Covid1

Covid2

Wartawan itu, CJ Werleman berkata China sedang berada dalam keadaan terdesak dan harus memenuhi permintaan besar untuk pemindahan organ disebabkan krisis Covid-19. Jadi, kerajaan membuat keputusan untuk menuai organ dari umat Islam Ughyur selepas mendapat ‘kebenaran dan persetujuan’ mereka.

Minggu lalu, China melaporkan kes pemindahan kedua-dua belah paru-paru yang pertama di negara membabitkan pesakit Covid-19 berusia 59 tahun. Sebelum pembedahan dilakukan, pesakit itu telah dimaklumkan dia cuma ada 5 hari untuk hidup kerana paru-parunya sudah rosak akibat dijangkiti virus Covid-19.

Covid5

Werleman mendakwa paru-paru itu diperoleh dari salah seorang tahanan di Xinjiang selepas mendapat ‘persetujuan’ agar organnya diambil. Katanya,

Pesakit itu diminta untuk menunggu selama 5 hari sebelum penderma ‘bersetuju’ berikan paru-paru yang baru untuknya. Disebabkan itu, banyak persoalan yang timbul mengenai program penuaian organ secara paksa yang tidak sah di negara ini (China).”

Menurut Werleman juga, perkara ini menimbulkan kebimbangan bahawa tahanan Uyghur di Xinjiang akan digunakan sebagai mangsa ‘bunuh-atas-arahan’ dek kerana kecemasan membabitkan pesakit Covid-19 di China.

Covid3

Covid4

Ini bukan kali pertama timbulnya dakwaan China melakukan penuaian organ terhadap umat Islam Uyghur dalam kem tahanan. Sebelum ini, turut timbul isu sebegini namun China menafikan dakwaan tersebut.

Kalau betul, memang dorang kejam!

Baca: “Ni lah bahaya berita palsu” – Percaya Fake News, 36 Warga Iran Mati Akibat Keracunan Alkohol Sebab Nak Elak Covid-19

Feature 2 8

Sumber: Today Online
Sumber: The Star
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star