in

“Saya nak rasa mati tu macam mana” – Gara-gara Obses Dengan Kematian, Lelaki Ini Rakam Video Bunuh Diri di TikTok

Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Bengaluru, India dipercayai telah meninggal dunia selepas cubaan meminum racun dan aksi itu dirakam menerusi akaun TikTok selama 15 saat.


Lelaki itu bertindak sedemikian sebab nak rasa macam mana ‘kematian’ itu. Dia juga sempat menakutkan ibunya untuk bunuh diri sebab dia dihina oleh ibunya kerana tidak memperoleh pendapatan. Dalam pada itu, dia pergi ke kedai untuk membeli racun itu dan merakamnya di TikTok, lapor Times Of India.

Lelaki

“Saya nak tau macam mana rasa kematian tu” 

Lalu, dia bergegas ke kebun berdekatan dan tidak lama lepas tu dia mula panik dan dia menjangkakan yang dia akan mati selepas minum racun berkenaan.

Ekoran daripada itu, dia sempat menghubungi rakannya dan dia terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi malangnya, dia tidak dapat diselamatkan.

Sebelum ini juga, dia pernah cuba untuk mencederakan dirinya sendiri dengan melanggar sebatang pokok ketika menunggang basikal untuk merasai macam mana kematian itu.

Tapi umurnya masih panjang, dia hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

L2

Orang kampung dan ahli keluarga sudah memberi nasihat kepada lelaki ini supaya tidak mengambil sebarang risiko tapi tak diendahkannya malah dia tetap dengan pendiriannya untuk mencuba tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri memandangkan dia obses dengan kematian.

Hmm… janganlah buat benda-benda pelik. 

Baca : “Dia kata 3 bulan rasa macam 300 tahun” – Remaja 17 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Duduk Rumah Waktu ‘Lockdown’ 

Bunuh Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.