Polis dan masyarakat memang tak akan berpisah, tanpa anggota polis mungkin jenayah akan berleluasa di negara kita. Bukan hanya membanteras jenayah malah mereka juga turut membantu rakyat yang kurang bernasib baik.
Sangat mengharukan, baru-baru ini tular di media sosial tindakan 2 anggota polis yang dikatakan telah membantu seorang lelaki yang mempunyai masalah mental.
Perkongsian ini telah dibuat menerusi Facebook Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu, Perai, Pulau Pinang.
https://www.facebook.com/masjidjamekalhidayahlive/posts/658071684786801
Seperti yang dikongsikan, anggota polis menjumpai lelaki ini merayau tanpa pakaian. Kemudiannya mereka membawa lelaki ini ke masjid tersebut dan mandikannya terdahulu sebelum diberi pakaian.
Rupa-rupanya lelaki yang bernama Man ini memang dikenali ramai orang di kawasan tersebut.
Dengan bantuan AJK masjid di sana, mereka turut memberi makanan kepada lelaki ini. Pihak masjid turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota polis tersebut kerana menghulurkan bantuan tidak kira siapa pun.
Sikap anggota polis ini telah mencuri tumpuan netizen, rata-rata mereka bangga dengan tindakan anggota tersebut.
Terbaik AJK Masjid dan PDRM
Life is beautiful
Terbaik PDRM
Ternyata sikap mereka ini kita harus contohi. Untuk wujudkan keharmonian kita haruslah bantu-membantu tanpa mengira bangsa dan agama.