in

“Badan saya rasa sakit-sakit” – Tom Hanks & Isteri Sah Positif Covid-19 Ketika Buat Penggambaran Di Australia

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Forrest Gump, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson telah disahkan positif Covid-19 semasa pasangan ini berada di Australia bagi menjalani pengambaran filem biopik Elvis Presley.


Pelakon dari Amerika Syarikat ini telah kongsikan di Instagram peribadinya mengesahkan yang dia dan isteri terkena jangkitan ini bila dorang buat pemeriksaan lepas kedua-dua mereka dapat selesema dan sakit-sakit badan.

Tom Hanks Rita Wilson January 2014 Horizontal Large Gallery

“Saya dan Rita ada di Australia. Kami rasa penat, dapat selesema dan badan sakit-sakit. Rita pula rasa tak sedap badan dan demam. Kerana apa yang berlaku sekarang, kami telah lakukan perkara yang sepatutnya dan buat ujian coronavirus dan disahkan positif.

“Jadi, apa kami nak buat sekarang? Pegawai perubatan mempunyai protokol yang perlu kami ikut. Jadi kami akan diuji, dipantau dan diasingkan dari orang awam selama yang mungkin.

“Kami akan sentiasa update perkembangan terbaru. Jaga diri semua!”

Minggu lepas, Tom Hanks dan isterinya berada di Bondi, Australia dan kini sedang dirawat di Hospital Gold Coast. Setalat ini, Australia mempunyai 127 kes positif Covid-19, tiga kematian dan 21 orang dah sembuh sepenuhnya.

Hopefully Tom Hanks dan isterinya cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga.

 

Baca: TERKINI: Malaysia SAH Ada 20 Kes Baru POSITIF Covid-19, Angka Meningkat 149 Kes

Corona Msia

Sumber: Showbiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.