Beberapa hari lepas, tular desas-desus mengatakan bahawa pelakon Hafidz Roshdi dikatakan curang dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.
Malah, wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Hafidz juga telah membuat permohonan maaf terbuka dan menjelaskan situasi yang berlaku serta menamatkan hubungannya dengan pelakon lelaki itu.
Namun begitu, semalam netizen dikejutkan dengan berita bahawa Hafidz telah pun melafazkan cerai ke atas isterinya itu disaksikan oleh ahli keluarga Nurul Shuhada.
Ekoran ini, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Hafidz lebih-lebih lagi ramai merasakan perpisahan ini berlaku disebabkan oleh “orang ketiga”.
Disebabkan ini, pelakon Aedy Asyraf telah memuat naik video melalui Twitter peribadinya menunjukkan dia telah menumbuk Hafidz beberapa kali di dalam gelanggang tinju dengan kapsyen…
Mana yang geram tu tengok puas-puas.”
Mana yang geram tu tengok puas2. pic.twitter.com/nqlcxhxgMu
— Jazman Dato Rahim (@aedyxashraf) February 23, 2023
Rata-rata netizen yang melihat video ini telah memberikan komen yang dorang sangat berpuas hati dengan perkongsian Aedy ini.
Untuk pengetahuan korang, Hafidz telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 30 April 2016 yang lalu dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Pandai eh Aedy buat konten. Berapa lamalah dia simpan video tu agaknya…
Baca: Didakwa Berfoya-foya Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Beri Penjelasan ‘Saya bukan warak’…