in

Didakwa Berfoya-foya Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Beri Penjelasan ‘Saya bukan warak’…

Aedy Ashraf Jelas Isu Kelab Malam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas telah tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang sedang menari dan berpelukan bersama seorang wanita yang dipercayai berlaku di sebuah kelab malam, lapor mStar.


Berikutan penularan video tersebut, rata-rata warganet telah membuat spekulasi tentang lelaki itu dan ada yang mendakwa lelaki tersebut merupakan selebriti terkenal, Aedy Ashraf.

Tanpa berselindung, hari ini Aedy menjelaskan, dia hanya seorang manusia biasa yang datang dari keluarga bukan warak serta menjalani kehidupan peribadi yang tidak jauh berbeza daripada orang lain.

Screenshot 2022 11 25 111824

Hanya berhutang penjelasan kepada ibunya

“Sejujurnya saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa, kecuali ibu saya,” jelasnya.

Screenshot 2022 11 25 112250

Susulan kejadian itu, Aedy telah menjelaskan segalanya kepada ibunya. Tambah Aedy, ibunya itu kelihatan tenang dan mengatakan yang dia mengenali perangai anaknya itu sambil menitipkan pesanan agar Aedy lebih berhati-hati selepas ini, menurut Gempak.

Adakah ini akan menjejaskan kredibilitinya?

Jelas Aedy, dia akan muncul dalam filem aksi pada tahun hadapan, sebagai manusia dia juga menerima pengajaran daripada kontroversi tersebut.

“Terus terang saya akui memang kurang gemar ditemubual atau bercakap kerana lebih selesa berdialog,” jelasnya.

Selain itu, dia cuba menjaga sikap, adab dan reputasi dirinya sebagai seorang pelaku seni dan mengaku kurang gemar bercerita tentang kisah peribadi kerana mahu tumpukan perhatian terhadap mutu kerjanya.

Haa tu dia jawapan dari tuan badan.. dah boleh berhenti buat spekulasi gaiss..

Baca : “No comment” – Pergi Konsert Coldplay Berdua, Daiyan Trisha Enggan Ulas Hubungan Dengan Aedy Ashraf

Aedy Ashraf Daiyan 758X399 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.