in

“Tenggelam aduan sahih” – JKJAV Tegur Netizen Henti Guna Trick ‘HelpDesk’ Untuk Dapat Temujanji Vaksin

Mysejahtera Helpdesk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak minggu lepas lagi, viral di media sosial mesej berkenaan kononnya terdapat ‘jalan pintas’ dalam memperoleh tarikh temujanji vaksin bagi mereka yang belum menerimanya.

Menurut mesej yang viral itu, antara langkah-langkahnya ialah pengguna aplikasi MySejahtera haruslah ke bahagian HelpDesk dan menyatakan aduan bahawa mereka masih belum menerima tarikh vaksin walaupun sudah mendaftar seawal dari bulan Februari lagi.


Image From Ios 4 3

 

Trick HelpDesk hanyalah mesej palsu 

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam menerusi Twitter menjelaskan bahawa mesej tersebut palsu dan orang ramai tidak sepatutnya menggunakan ‘trick’ HelpDesk berkenaan.

Hal ini kerana, ia bimbang aduan sahih yang dihantar orang ramai berkenaan isu vaksin akan tenggelam dengan aduan-aduan lain yang tidak berkaitan. Opss… 

 

“Orang mengadu diorang dah daftar lama dah tapi sampai harini tak dapat” 

Walau bagaimanapun menerusi replies di tweet tersebut, rata-rata netizen menyatakan sebab mengapa mereka mengguna fungsi HelpDesk untuk mendapatkan temujanji vaksin.

Antaranya ialah ramai netizen sudah bosan menunggu giliran yang terlalu lama kerana ada di antaranya sudah mulai mendaftar untuk mendapatkan vaksin semenjak dari bulan Februari lagi.

Penat Tungguvaksin

Apa-apapun admin berharap isu pemberian temujanji vaksin ini dapatlah diselesaikan dengan baik oleh pihak MySejahtera supaya tiada lagi yang merungut dan lebih ramai mendapatkan vaksin secepatnya.

Baca: “Lengkap dua dos vaksin, boleh bercuti di Langkawi” – MB Kedah

Kedah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.