in

Tengah Syok Berbasikal Tepi Sungai Melaka, Geng Ni Terkejut Kena Panggil Dengan Abang JPJ Rupanya Sebab…

Tengah Syok Berbasikal Tiba Tiba Disapa Jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak akhir-akhir ini, ramai di antara kita dilihat terjebak dengan hobi berbasikal. Bagi admin, ia adalah hobi yang baik untuk mengisi masa lapang di samping boleh menyihatkan tubuh badan.


Pun begitu, sambil berbasikal tu, korang kena juga patuhi keselamatan jalan raya dan ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memantaunya.

 

“Tengah syok kayuh basikal dekat bandar Melaka, tiba-tiba…” 

Menerusi video di TikTok yang dimuat naik @akak_kimchi, dia berkongsi pengalamannya sedang berbasikal di Bandar Melaka sebelum dia bersama geng yang lain tiba-tiba dipanggil oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Alamak kenapa pulak tu… 

@akak_kimchi

Semua cuak bila kena pnggil dengan pegawai jpj ?? #foldingbikemalaysia #foldingbikemelaka #melakafoldies #akakkimchi #melakahawau

♬ Oh No – Kreepa

Menurutnya, keadaan tersebut telah membuatkan semua penunggang basikal di kawasan berkenaan berasa cuak dan takut jikalau mereka ada membuat kesalahan.

Malah menurut pemilik video ini lagi, sebenarnya tidak salah untuk berbasikal di kawasan berdekatan dengan Sungai Melaka itu kerana memang ada disediakan track di sana.

Tak Salah

 

Rupa-rupanya nak bagi taklimat… 

Kisah mengenai penunggang basikal ini kemudian bersambung di video seterusnya apabila ia memaparkan seorang pegawai JPJ mengumpulkan semua penunggang-penunggang ini untuk memberikan satu taklimat khas.

Taklimat ini tak lain tak bukan adalah berkenaan keselamatan ketika menunggang basikal di kawasan berkenaan.

Menurut pemilik video ini, apa yang dilakukan pegawai tersebut adalah suatu perkara yang baik dan info yang bagus untuk semua rider basikal untuk sentiasa beringat dalam menjaga keselamatan. Nahh pastikan korang dengar betul-betul apa abang JPJ tu nak cakap. 

@akak_kimchi

Reply to @habib8722 Tula, abg jpj tak salah pon just bagi taklimat jer, jom dengar sama2 tambah2 utk rider basikal ?✌? #foldingbikemalaysia #ride

♬ original sound – ???? ?????? ?? – ???? ?????? ??

Video tersebut meraih pujian daripada netizen yang suka dengan cara pegawai berkenaan memberi nasihat dan teguran kepada rider basikal di kawasan tersebut.

Mantap abang JPJ, nasihat elok dan baik je. Semangat sikit nak ikut,” kata netizen.

Bagus abang JPJ ni. Harap disebarkan kepada rider basikal yang lain ye. Info berguna ni. 

Baca: “Ada 9 nyawa ke?” – [VIDEO] Penunggang Basikal ‘Cucuk Angin’ Belakang Lori Buat Warganet Tepuk Dahi

Lori Cucuk Angin

 

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.