in

Pelari China Tetap Habiskan Larian Maraton Walau Tercirit Dalam Seluar Dalam!

Chinese Runner 770X409 E1669434626380

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak berada dalam situasi di mana anda rasa sakit perut sangat-sangat tapi tak ada tandas terdekat nak lepaskan hajat?


Tapi pernah terbayang tak anda alami situasi sama tapi sewaktu tengah berlari maraton?

Sakit perut semasa larian 10km

Seorang pelari Maraton China terpaksa menahan sakit perut itu sewaktu menyertai acara larian maraton Shanghai International Half-Marathon, awal minggu ini.

Menurut laporan berita, Wu Xiangdong rasa tak sedap perut lepas berlari sejauh 10 kilometer untuk acara larian 21 kilometer.

Chinese Runner 2
sumber: nextshark

“Saya sendiri tak tahan bau busuk itu,” kata Wu.

“Saya teruskan larian dan tak berhenti (sebab tiada tandas di situ) dan saya nak kalahkan pelari Afrika di garisan penamat,” katanya seperti dilaporkan South China Morning Post.

“Lega sampai garisan penamat”

“Saya rasa lega bila dapat melintas di garisan penamat.

“Rasa macam lebih bertenaga lepas melepaskan hajat saya (semasa berlari) tu. Kalau tak terkena macam ni, saya rasa boleh lari lebih laju,” katanya.

Chinese Runner 4
sumber: nextshark

Dia berjaya menamatkan lariannya dalam catatan masa 1 jam 6 minit dan 16 saat.

Hanya makan roti dan air mineral

Wu mengesyaki masalah tu berlaku disebabkan oleh pakaiannya basah semasa larian itu. Sebelum larian, dia hanya mengalas perut dengan sebiji roti dan sebotol air mineral.

Chinese Runner 3
sumber: nextshark

“Rasanya bukan sebab apa yang saya makan. Tapi saya lega akhirnya ada juga tandas selepas tamat larian,” jelasnya.

Kalau jadi Wu, tak pastilah nak ingat atau tak larian ni. Tapi ramai juga orang yang terus berikan sokongan padanya.

Video lariannya boleh ditonton di sini:

Baca: “Tourist China pengotor” – Ibu Selamba Badak Suruh Berak, Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

China6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.