in

Templak Netizen Yang Tegur Anak Rupa Macam India, Wanita Ini ‘Sound’ Aliff Syukri

Ft Alif Syukri Dikecam Respon Komen Netizen

Seringkali terpalit dengan kontroversi, pengasas produk Datuk Aliff Syukri sekali lagi telah mengundang rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

Satu video tular apabila Aliff Syukri ada memberikan respon daripada komen netizen berkenaan keluarganya, namun begitu pengguna TikTok yang dikenali Geetha Ji kurang senang dengan kenyataan Alif Syukri itu.

 

“Anak Dato’ macam India”

Kisahnya semalam, Aliff Syukri memberikan respon daripada netizen yang mengatakan rupa salah seorang anaknya seperti orang berbangsa India.

Disebabkan itu, Aliff Syukri respon dengan bertanyakan semula netizen tersebut anak yang mana satu.

“Macam ni la, saya tak nak komen lebih-lebih, bagi saya muka orang ini ada keunikannya sendiri, ada orang muka chinese look, ada orang suka muka India, tak salah pun kalau nak muka India ke apa, saya sebagai bapa, yang penting anak saya tu kemas, anak saya tu pembersih, dia tetap anak saya, tak kisahlah, kau nak hina apa pun, kau bukan sempurna pun nak hina anak aku.”

@aliffsyukriterlajaklaris

Replying to @user1467650542330

♬ original sound – Terlajaklaris – Terlajaklaris

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih sebanyak 475K jumlah tontonan dan ramai netizen menyebelahi Aliff Syukri dengan menyatakan bahawa ramai sahaja golongan berbangsa India yang lebih lawa dan tampan.

Screenshot 2023 01 05 171701 Screenshot 2023 01 05 171721

Dalam melihat usaha Aliff Syukri mempertahankan anaknya, ternyata Gheeta Ji kurang senang dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Aliff Syukri.

 

Hina sangat ke jadi India – Gheeta Ji

Menerusi video yang di stitch oleh Gheeta mempersoalkan Aliff Syukri jika rupa mirip bangsa India itu adalah satu penghinaan,

“Apa yang hina? Apa yang hina sangat jadi India? Ingatkan orang yang bijak belaka tapi komen macam dah pinjamkan otak ke tempat lain, kenapa macam tu?”

Menurut Gheeta lagi, ada kemungkinan bahawa komen yang diajukan kepada Aliff Syukri itu hanya sekadar perumpamaan, bukannya hinaan.

@geethaji1

#stitch with @Terlajaklaris Apa yang Hina sangat ke kalau muka iras orang India? #rasict #alifsyukriterlajaklaris #masalahhati #janganhinakami #orangindia #malaysianindian #fypmalaysia #janganrasis #Geethaji #suararakyat

♬ original sound – Geetha Ji – Geetha Ji

“Mungkin orang tu kata macam muka India sebab macam muka Punjabi ke muka Pakistan ke, tak hina pun kalau orang komen muka macam India, mungkin ada iras ke, salah ke kalau orang kata macam tu? Hina Dato’ kata? I betul-betul malulah you punya pemikiran sempit macam ni.”

“Jangan lupa Miss World dulu, Ashwarya Rai, India juga, okay? India ni dia ada keunikan sangat, tahu tak kenapa? Kulit gelap kami ni, anti cancer, melanin tinggi, hidung tak payah nak tarik-tarik pergi bedah, tak payah..Dah mancung semulajadi.”

Jelas Gheeta lagi, Aliff Syukri sepatutnya rasa bangga dengan persamaan yang diberikan oleh warganet itu.

Dalam pada itu, Gheeta turut menegur agar berikan contoh yang baik sebagai seorang ikon, bukannya menimbulkan rasa marah dan menasihati Aliff Syukri untuk membuat permohonan maaf.

Hurm, apa pun, harap isu ini tidak dapat diperbesarkan lagi.

Baca : Aliff Syukri Berdepan 4 Pertuduhan, Didakwa Muat Naik Muzik Video Bersifat Sumbang

Pendakwaan Aliff Syukri