Seluruh dunia masih berduka dengan tragedi tembakan rambang di Christchurch yang berlaku pada Jumaat lalu.
Tapi, seorang pengguna Facebook Sheith Khidhir telah berkongsikan sesuatu yang menarik untuk kita renungkan tentang hikmah disebalik tragedi ini. Jom baca.
https://www.facebook.com/klint.eastwood.7/posts/10216133817832559
“Ada hikmah disebalik kekejaman yang berlaku kepada negara yang diletakkan sebagai negara kedua paling selamat di dunia, New Zealand.
Walaupun insiden ini sangat mengejutkan dan menyedihkan, ia buat ramai orang sedar, bukan semua orang Islam adalah ekstremis mempunyai senjata AK47 yang hauskan darah (seperti yang dilabel banyak media antarabangsa).
Tapi bukan itu saja. Pada masa yang sama, ia juga membuka mata ramai umat Islam tentang kebaikan saudara-saudara bukan Islam.
Kumpulan biker bertatu di muka yang kelihatan seperti boleh makan orang untuk sarapan berdiri bersama menunjukkan solidariti mereka kepada Muslim. Seorang lelaki bukan Islam di Australia telah memainkan azan pada waktu senja untuk menunjukkan sokongan mereka kepada orang Islam yang terbunuh dan cedera semasa serangan di Christchurch.
Seorang remaja Australia memakai t-shirt berwarna putih telah memecahkan telur ke kepala ahli politik konservatif sayap kanan yang bercakap buruk tentang Islam. Seorang lagi lelaki di NZ yang berjanji untuk melindungi Muslim semasa mereka solat.
Hari ini, perdana menteri NZ telah berjanji akan menyiarkan azan di televisyen negara. Cara Jacinda Arden mengawal situasi ini membuktikan yang wanita juga boleh memegang posisi ini sebaik – jika tak lebih baik – berbanding lelaki.
Perasaan sayang yang berjaya menyinar disebalik darah dan mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditinggalkan oleh pengecut ‘white supremacist; menyinar dengan terang hingga di Malaysia, Muslim Melayu mula membandingkan bagaimana orang bukan Islam di NZ berurusan dengan ‘racism’ dan bagaimana ahli politik kita sendiri cuba untuk propagandakan bangsa.
Tembakan Christchurch tak sepatutnya berlaku, tapi macam mana sedih pun insiden ini, ia akan jadi lebih sedih jika kita terlepas dari melihat kelipan cahaya dari Allah Maha Pengampun cuba tunjukkan di masa-masa gelap seperti ini.”
Marilah kita renungkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini…