Inilah Wajah-wajah Mangsa Tragedi Jumaat Berdarah Christchurch, Warga Twitter Sepakat Buat #49lives Sebagai Tribute

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seluruh isi dunia masih belum dapat melupakan tragedi serangan pengganas di masjid Christchurch.

Seluruh isi dunia masih terkejut, masih dirundung duka, dan masih berkabung atas kematian setiap ayah, setiap anak, abang, adik dan saudara yang barangkali ada berniat, selepas pulang solat Jumaat kelmarin — mahu ke padang bermain bola, atau mahu segera pulang jamah makanan isteri dan ibu.

Namun, apakan daya manusia yang kudratnya tidak mampu menahan kematian.

Rumah Allah jadi saksi nyawa mereka diangkat ke alam paling jauh.

 

Kekal dalam ingatan

Sama seperti kita semua yang masih belum dapat melupakan tragedi berdarah itu, seorang pengguna Twitter dengan nama @KhaledBeydoun — memulakan #49lives, sebagai tribute untuk memperingati wajah-wajah mangsa terlibat.

Berikut adalah antara senarai mangsa yang sempat beliau kumpulkan setakat ini.

  • Muca Abdi, mangsa paling muda dan seorang pelarian Somalia

  • Khaled Mustafa, pelarian Syria

  • Naeem Rashid, bapa hero

  • Talha Rashid, maut di sisi bapa

  • Ara Parvin, bidadari syurga

  • Amjat Hamid, pakar bedah

  • Haroon Mahmood, bapa contoh

  • Musa Patel, tahfiz Quran

  • Mohammad Atta Alayan, pelarian Palestin

  • Zulfirman Syah, jadi ‘perisai hidup’ buat sang anak

Ini adalah sebahagian daripada mangsa-mangsa yang dapat beliau kumpulkan setakat ini dan mungkin jumlahnya sudah bertambah pada waktu-waktu berikutnya.

Selain @KhaledBeydoun, seorang lagi pengguna Twitter @monaeltahawy turut melakukan usaha sama dengan menggunakan #ChristchurchMosqueMassacre.

Kisah setiap dari mangsa ni sebenarnya dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.

Antara kisah mangsa yang paling memberi kesan adalah Daoud Nabi, si penjaga pintu masjid.

Imam Al-Ghazali berkata, “bagaimana kita hidup, begitulah cara kita mati.”

Kisah Daoud menjadi bukti paling nyata — semasa hayat beliau dikatakan antara individu paling pertama yang akan greet setiap jemaah masuk ke masjid. Maka penghujung riwayat beliau pun, berakhir di pintu masjid juga.

Hmm.

 

Baca: “Sending my Duas” – Pemain Ragbi New Zealand All Blacks Lancar Tabung, Bantu Keluarga Mangsa Tragedi Christchurch

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.