in

“Teman2 cowok.. Be careful” – Doktor Indonesia Syak Lucinta Luna Tak Hamil, Tapi Hidap Kanser Testis

Fi Kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di setiap platform di media sosial, cerita tentang selebriti Indonesia Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah yang dikatakan sedang ‘hamil’.


Selebriti tersebut sebelum ini ada berkongsi video dia kelihatan tidak sihat dan mual-mual di akaun Instagramnya. Epik momen betol kalau korang tengok tu.

 

Mungkin hidap kanser testis

Terbaru seorang doktor di Indonesia ada berkongsikan tentang kemungkinan sebenar yang selebriti itu sedang lalui.

Melalui perkongsian di akaun TikTok @badassdoctor yang telah meraih lebih dari 5 juta views itu, doktor tersebut menjelaskan bahawa keputusan positif itu berkait rapat dengan kenaikan hormon Beta-HCG yang boleh terbentuk pada seorang lelaki terutamanya jika ada penyakit tertentu.

Namun apa yang mengejutkan apabila dia berkata bahawa antara punca ujian kehamilan tu menunjukkan tanda positif adalah, kerana Lucinta berkemungkinan menghidap kanser testis.

“Selamat buat Mbak Lucinta Luna atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta-HCG juga bisa terbentuk pada pria di beberapa penyakit-penyakit tertentu, salah satunya adalah kanker testis,” jelasnya.

@badassdoctor

Izin #stitch yah kan yakk #testpack #positive #betahcg #kanker

♬ original sound – BADASS – BADASS

Pada akhir perkongsian dia memberitahu sekiranya ada lelaki menggunakan set ujian kehamilan itu dan mendapat keputusan positif, mungkin orang tu menghidap kanser testis

Haa korang yang laki tu jangan buat main, bahaya tu kanser. Btw lain macam betul effect si Fattah ni dapat tau dia ‘pregnant’ eh.

 

Baca : “I’m pregnat, tanggungjawab ya” – Lucinta Luna Umum Mengandung Anak Kekasih Mat Saleh

Foot Kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.