in

“I’m pregnat, tanggungjawab ya” – Lucinta Luna Umum Mengandung Anak Kekasih Mat Saleh

Macam dah lama pula tak dengar cerita Lucinta Luna ni lepas dia kena tahan dengan polis kira-kira setahun lalu kerana mengambil dadah.

Terbaru, Lucinta Luna yang turut dikenali di Malaysia selepas berkolaborasi bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat dalam lagu Bobo Di Mana ini telah mengumumkan yang dia kini mengandung dan perkara ini turut dibuktikan dengan video dia mengambil ujian kehamilan!

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah telah menunjukkan dirinya dalam keadaan tak sihat dan mual-mual serta turut mengatakan yang dia dah lama tak datang bulan. Amboiii, korang tengok sikit video kat bawah ni…

Tak cukup dengan itu, Lucinta turut kongsikan video dia menelefon kekasih mat salehnya untuk memberitahu tentang perkara tersebut serta meminta lelaki itu untuk bertanggungjawab.

I’m pregnant you know, your child. I’m serious. I want you to responsibility. I want you fly to Jakarta. Tanggungjawab ya!”

“Baru lahir dah boleh tendang?”

Kalau tengok video di Instagram Lucinta ni, macam tengok sinetron pun ada juga!

Lucinta turut kongsikan yang perutnya sakit angkara bayi yang mungkin tak sampai 2 bulan itu telah pun menendang-nendang perutnya hinggakan dia perlu didukung untuk dibawa ke klinik.

Netizen yang melihat gelagat Lucinta dalam video-video yang dikongsikan ini turut terhibur walaupun dorang sikit pun tak percaya dengan khabar terbaru ini.

 

Baca: “Nampak sangat berlakon” – [Video] Pad Berdarah Terjatuh Masa Lucinta Luna Tengah Exercise, Biar Betul?