in

“Tekap seterika 2 kali di peha tak sampai sesaat pun” – Penuntut Mengaku Tak Ada Niat Nak Bunuh Zulfarhan

Wap Tekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes melibatkan kematian penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain 2 tahun lepas kini berada pada perbicaraan peringkat bela diri dan ia sedang berlangsung dengan saksi yang juga tertuduh keempat dipanggil untuk membela diri. 


Menurut Harian Metro, Muhammad Atif Najmuddin Azamat, 23 berkata dia dan mangsa mempunyai hubungan baik sebelum ini dan Zulfarhan juga merupakan rakan sekelasnya semasa asasi di universiti.

 

“Saya tiada niat…” 

Menurut Muhammad Atif, dia sebenarnya tiada niat langsung untuk mencederakan apatah lagi membunuh Zulfarhan.

“Saya tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya,” katanya.

Zulfarhan Osman Zulkarnain Fb 061119
sumber: fmt

Tambahnya lagi, ketika Zulfarhan disoal oleh beberapa pelajar mengenai kes kecurian, keadaan tiba-tiba jadi tegang dan terdapat sedikit kekecohan.

“Pada ketika itulah seseorang beri seterika wap untuk saya guna ke atas Zulfarhan.

“Saya secara spontan guna seterika itu di bahagian paha luar Zulfarhan sebanyak dua kali, tak sampai sesaat pun,” katanya yang juga menunjukkan cara bagaimana dia menggunakan seterika itu ke atas mangsa.

 

Zulfarhan tinggikan suara sebut “jangan” 

Ketika disoal bagaimana reaksi Zulfarhan selepas ditekap dengan seterika, Muhammad Atif berkata, mangsa menarik kaki dan seolah-olah mengerekot. 

Kemudian, dia terus meletakkan seterika wap di atas meja sebelum pulang semula ke biliknya di blok asrama Jebat dan tidak berjumpa dengan Zulfarhan lagi.

51530223927 Ironkeszulfarhan
sumber: astro awani

Pada sesi soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengenai apakah perkataan yang disebut Zulfarhan ketika dia meninggikan suara, Muhammad Afif menjawab Zulfarhan berkata, “jangan”.

Malah Hakim Datuk Azman Abdullah juga ada bertanya, adakah tertuduh mencuba seterika wap tu terlebih dahulu di badannya, Muhammad Atif menjawab, “tidak mencuba”. 

AZMAN: Kamu tahu kan air yang mendidih akan keluarkan asap. Seterika wap itu ada keluar asap tak?

MUHAMMAD AFIF: Ada Yang Arif.

Perbicaraan akan bersambung hari ini lagi.

Semoga kebenaran tersingkap dan Zulfarhan mendapat keadilan yang sewajarnya. Amin… 

Baca: “Saya hanya menggertak atau menakutkan Zulfarhan” – Jawapan Tertuduh Bila Disoal Kenapa Guna Seterika Wap Dekat Zulfarhan

Zzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.