in

”Tebang pokok jadi punca?” – Tular Video Papan Tanda Bergoyang, Parcel C Putrajaya ‘Diganggu’ Makhluk Halus?

penampakan parcel c putrajaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular dakwaan di laman Threads mengatakan sebuah bangunan di Kompleks C, Putrajaya dikatakan diganggu makhluk halus dan ia didakwa berpunca daripada tindakan menebang pokok di kawasan itu, lapor Kosmo!.

Dalam satu video yang tular di media sosial, ia memperlihatkan keadaan di salah satu pejabat dekat kompleks berkenaan yang mana papan tanda ‘laluan kecemasan’ yang tergantung pada siling bergoyang sendiri.


Tidak diketahui sama ada ia bergerak kerana ditolak angin atau atas sebab-sebab lain, namun ramai berspekulasi mengatakan ia disebabkan ‘gangguan’ berkenaan.

@alamjinggamalaya

Assalamualaikum WBT Untuk makluman semua, malam ini akan diadakan sesi pembersihan dan pagar JPA oleh Ustaz Halim daripada Darussyifa melalui pembesar suara. Oleh itu, 1. Mohon simpan barang berharga/dokumen terperingkat 2. Semua pintu utama setiap aras dan pintu bilik pegawai/stor/bilik mesyuarat mohon dibuka untuk memberi laluan keluar kepada ‘yang berkenaan’ . 3. Sesi RUKYAH akan bermula selepas Solat Maghrib. Dijemput juga kepada yang berkelapangan untuk hadir bersama2 di lobi Blok C1. Untuk tujuan ini, Unit Keselamatan akan ketatkan kawalan keselamatan di setiap Blok. Mohon kerjasama semua. Terima kasih, salam hormat. Unit Keselamatan BKP JPA

♬ kalau tak percaya cuba tengok – ◖⚆ᴥ⚆◗

Artikel berkaitan: “Ada suara mengilai” – Netizen Meremang Tonton Video Klinik Dikatakan ‘Berhantu’

Artikel berkaitan: Penyiasat Paranormal, Dan Rivera Meninggal Dunia Secara Misteri Ketika Siri Jelajah Patung Berhantu Annabelle

Tebang pokok jadi punca? 

Menurut Kosmo!, sumber dikatakan mendakwa kejadian itu berpunca daripada tindakan memotong satu pokok yang dikatakan menjadi ‘rumah’ kepada makhluk itu.

Katanya sebab hari tu ada lah potong pokok belakang Kompleks C tu, rumah dia,” kata sumber.

Tular juga beberapa foto memaparkan notis yang mengatakan bangunan tersebut sedang menjalani sesi ‘pembersihan’ dan ‘pagar’ yang dijalankan seorang ustaz.

Dalam pada itu, netizen di media sosial sempat berkongsi pengalaman mereka sendiri yang dikatakan pernah ‘diganggu’, malah ada juga mengatakan perkara sebegini sudah biasa berlaku di samping ada yang kurang percaya papan tanda yang bergerak itu adalah disebabkan makhluk berkenaan.

hantu

Sumber: Threads, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.