Baru-baru ini, sebuah iklan kerja di gerai makanan di Singapura tular selepas gaji yang ditawarkan adalah sehingga SGD3,200. Nilai yang agak tinggi meskipun tidak ditukar ke Ringgit Malaysia!
Difahamkan, jawatan di gerai makanan tersebut dibuka kepada warganegara Singapura dan penduduk tetap. Berdasarkan iklan kerja itu, mereka menawarkan gaji daripada SGD2,900 (RM9,000) hingga ke SGD3,200 (RM9,900).
Untuk rekod, iklan kerja ini dikongsi oleh seorang pengguna di laman Reddit dan semenjak itu, topik ini menjadi perbualan hangat oleh ramai pengguna Reddit yang lain.
Menurut salah seorang pengguna Reddit, gaji yang ditawarkan adalah tinggi dan berpatutan dengan beban kerja yang bakal diterima. Beberapa pengguna lain turut membandingkan gaji mereka yang bekerja di pejabat dengan gaji di gerai makanan tersebut yang dilihat lebih menarik.
Bagaimanapun, ada juga pengguna Reddit yang lain berpendapat beban kerja dan faedah yang ditawarkan adalah tidak menarik, membuatkan mereka meletakkan gaji yang tinggi untuk mencari pekerja.
Jelas pengguna tersebut, kebiasannnya mereka yang bekerja di industri ini perlu bekerja 6 hari dalam seminggu, dengan tempoh bekerja selama 10 hingga ke 12 jam. Pekerja dalam industri ini juga sukar untuk mendapat cuti pada hari cuti umum.
Bagaimanapun jika dilihat secara kasar, gaji yang ditawarkan oleh gerai makanan tersebut adalah menarik dan tinggi jika nak dibandingkan dengan tawaran lain dalam industri yang sama.
Kredit: Reddit
BACA: Gaji Penerbit BTS Paling Mahal Dibayar Di Korea Selatan, Atasi Tokoh Korporat