in

Gaji Penerbit BTS Paling Mahal Dibayar Di Korea Selatan, Atasi Tokoh Korporat

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbit untuk lagu hit kumpulan popular BTS dilaporkan telah memecah rekod dengan menjadi pekerja paling mahal dibayar di Korea Selatan pada separuh pertama tahun ini.


Dalam tempoh Januari sehingga Julai lalu, Kang Hyo-won atau lebih dikenali sebagai Pdogg telah menjana lebih 40 bilion won (sekitar RM145 juta). Difahamkan, nilai tersebut mengatasi beberapa tokoh korporat terkaya di negara itu.

1 9

Nilai ini menjadikan penerbit berusia 37 tahun itu menjadi kakitangan paling mahal dibayar dalam mana-mana syarikat yang disenarai di Korea Selatan bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Menurut sumber, Pdogg menerima gaji sekitar 38 juta won (RM138,000). Selain itu, dia turut memperoleh 39.9 bilion won (RM144 juta) daripada pegangan saham dan 111 juta won (RM402,000) insentif.

2 8

Di tangga kedua ialah Chung Mong-koo, Pengerusi Kehormat Hyundai Motor Group yang memperoleh 30.2 bilion won (RM109 juta). Sebahagian besar pendapatan beliau adalah daripada Hyundai Mobis, cabang perkhidmatan penyelenggaraan dan alat ganti Hyundai.

Untuk rekod, BTS telah berjaya memecah rekod dengan mejadi kumpulan Korea Selatan pertama menduduki tangga pertama dalam carta ‘Billboard Hot 100’ tahun lalu, menerusi lagu Dynamite.

Sumber: Harian Metro

BACA: ‘Lama beratur’- Gadis Luah Rasa Kecewa Ayah Guna Cawan BTS Meal Untuk Simpan Cacing

Cover 18

Sumber: The Cut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.