in

“Tarik tali pun ada?” – 7 Sukan Yang Dah Tak Wujud Dalam Acara Olimpik Moden

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap pasal Sukan Olimpik, mesti kita akan terbayang sukan macam acara lumba lari, renang atau badminton kan? Tapi korang tahu tak, sebenarnya banyak sukan lain yang pernah jadi sebahagian daripada acara Olimpik tapi sekarang dah tak diteruskan?

Kalau korang nak tahu, Sukan Olimpik kuno pertama kali diadakan pada 776 Sebelum Masihi di Olympia, Greece. Sukan-sukan pada ketika itu telah didedikasikan untuk Zeus yang merupakan Raja Greek pada ketika itu dan mengambil tempat setiap empat tahun.


Manakala Olimpik moden pula bermula pada 1896 dan diinspirasikan dari tradisi Olimpik kuno. Ia diadakan pertama kali di Athens, Greece dan telah dianjurkan oleh Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC) di bawah pentadbiran Pierre de Coubertin.

Jadi kalau ikutkan sejarah ni, memang tak hairanlah kalau sebelum ni ada banyak sukan yang wujud pada zaman dulu turut dimasukkan dalam Olimpik. Nak tahu sukan apa yang pernah wujud tapi sekarang dah tak ada? Baca dekat bawah ni.

1. Lumba kereta kuda

Ben Hur

Olimpik pada zaman kuno turut mempertandingkan perlumbaan kereta kuda di mana kereta kuda, sama ada yang menggunakan dua kuda atau empat kuda akan berlumba sebanyak 12 pusingan di trek stadium dan pemenangnya akan diingati di dalam puisi atau patung.

2. Lumba belon udara panas

Images 9

Pada Olimpik 1900 yang diadakan semasa Paris Expo turut melibatkan pertandingan lumba belon udara panas di pinggiran bandar Vincennes. Atlet-atlet yang terlibat akan dihakimi berdasarkan jauh perjalanan, masa di udara dan kebolehan untuk mendarat di koordinat yang betul.

Acara ini bagaimanapun telah dibuang dari Olimpik selepas terdapat larangan terhadap sukan bermotor.

3. Renang berpagar

11Olympics Seine 04 Tbcp Articlelarge.jpg

Campuran sukan renang dan halangan ini pernah diadakan sekali sahaja ketika Olimpik Paris pada 1900. Sukan ni memang gila betul! Mana tidaknya, perenang perlu berlumba sejauh 200 meter di Sungai Seine dan pada masa yang sama kena merentasi halangan seperti memanjat tiang dan berenang di bawah bot. Tapi yang menariknya, pemenang acara ini berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 38 saat je!

4. Kriket

1 5F3E0Eba82000.Jpg

Sukan kriket pernah diadakan di Olimpik pada tahun 1900, tapi dorang susah nak buat negara-negara lain terlibat dalam sukan ni. Malah, dua negara telah menarik diri sehingga tinggalkan Great Britain dan Perancis untuk lawan bagi pingat emas.

Lebih mengejutkan, satu pasukan pun tak menang, Britain telah memenangi pingat perak manakala Perancis menang gangsa.

5. Tarik tali

2100 Oly Discontinuedsports 006 0706.Jpg

Pertandingan tarik tali merupakan acara yang biasa diadakan pada awal Olimpik iaitu dari 1900-20. Malah untuk acara ini, satu negara juga akan menghantar lebih dari satu pasukan untuk bertanding. Ketika tahun terakhir acara ini diadakan di Antwerp, Belgium, pasukan British yang terdiri daripada lapan anggota polis telah membawa pulang pingat emas.

6. Pertandingan seni

Olympics Stolen Ring.png

Susah nak percaya tapi, dari tahun 1912 hingga 1948, Olimpik telah memberikan medal kepada artis yang mendapat inspirasi dari acara sukan untuk lima kategori iaitu, seni bina, sastera, muzik, lukisan dan patung ukir.

Pertandingan ini bagaimanapun telah ditamatkan selepas IOC membuat keputusan yang peserta-peserta ini terdiri daripada golongan profesional.

7. Renang berirama solo

Greta Free Solo Web

Macam pelik kan? Tapi masa sukan ini pertama kali diperkenalkan di Los Angeles pada tahun 1984, negara ini cuba mendakwa yang perenang telah berenang seirama dengan muzik. Jadi masa tu, dapatlah tengok sorang je perenang menari sendiri dekat dalam air.

Sumber: CBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.