in ,

“Tarik baliklah pelepasan keluar daerah sekali”- Gara-gara Balik Kampung Nak Bersalin, Kelantan Ada Kes Baru Covid-19 Lepas 30 Hari Zon Hijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelantan telah kembali mencatatkan kes baru positif Covid-19 gara-gara ada yang balik merentas negeri baru-baru ini, lapor Berita Harian.


Kes yang melibatkan seorang wanita mengandung yang balik ke kampung di Kuala Krai itu telah disahkan oleh Dr Izani Husin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan.

Difahamkan, pesakit tersebut yang kini dirawat di hospital telah pulang ke Kelantan semasa sempadan negeri yang dibuka baru-baru ini.

Ada juga yang mengatakan mangsa mahu pulang ke kampung sebab nak bersalin di sana.

Rupanya, wanita berkenaan juga telah ke banyak tempat setelah sampai di kampung tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan kekecewaan mereka sebab negeri tersebut dah sebulan diisytiharkan sebagai zon hijau.

Korang yang lain kalau takde perkara penting dan mustahak, tangguh la dulu perjalanan balik kampung ni. Apa-apa pun, semoga wanita ni dan baby cepat sembuh.

 

Baca: “Ni yang risau nak raya” – Perak Catat Dua Kes Baru Lepas 9 Hari Isytihar Zon Hijau 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.