in ,

“Ni yang risau nak raya” – Perak Catat Dua Kes Baru Lepas 9 Hari Isytihar Zon Hijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan haritu, ramai netizen yang risau dengan kelonggaran yang diberikan. Kerana ini, semalam PM telah umumkan yang PKPB akan dilanjutkan lagi sebulan.


Kerisauan netizen nampaknya jadi kenyataan bila Perak yang dah sembilan hari diisytiharkan sebagai zon hijau kini rekodkan dua kes baru Covid-19.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming mengatakan yang dua kes positif ini adalah dari adik beradik dari Sitiawan, lapor Berita Harian.

Kes pertama dikesan melalui saringan sebelum kembali berkerja manakala kes kedua pula melalui aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes pertama.”

Dikatakan, kedua-dua kes ini merupakan merupakan kes positif tanpa gejala.

Untuk pengetahuan korang, pada 30 April lalu, Perak diumumkan sebagai negeri bebas Covid-19 selepas dua pesakit terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun sembuh dan dibenarkan discaj pada 29 April.

Bahaya tak habis lagi. So sebelum beraya tu fikirlah dulu betul-betul.

 

Baca: “So, setakat minta maaf je cukup lah?” – Netizen Bengang Exco Perak Langgar PKP Tapi Tak Kena Saman Atau Kena Tahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.