in

Tapak Pembinaan Bertukar Tragedi, Pekerja M*ut Akibat Tertimbus Tanah Runtuh

collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari biasa bertukar tragedi apabila seorang pekerja tapak pembinaan maut tertimbus dalam insiden tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang sedang dibina di Jalan Industri A5, Bandar Penawar, pada Selasa.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Tinggi II Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 1 tengah hari.


Artikel berkaitan: “Bukan insiden pertama” – Tragedi Kereta Pasangan Jatuh Gaung, Ini Apa Korang Perlu Tahu

Artikel berkaitan: “Tuhan, tolong munculkan anak saya” – Bapa Cari Gali Anak Yang Sudah 3 Hari Hilang Akibat Tanah Runtuh

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah kilang.”

“Dalam kejadian tersebut, dua orang mangsa yang merupakan pekerja kerja-kerja pempaipan terlibat apabila tertimbus akibat runtuhan tanah.”

“Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa berusia 52 tahun tertimbus sepenuhnya di dalam tanah dianggarkan sedalam kira-kira tiga meter,”– katanya dalam satu kenyataan

Beliau memaklumkan, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan khas, sistem tali serta bantuan jentera excavator.

605726389 1378353114332790 2616714380980504214 n

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,”– katanya lagi.

Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.25 petang selepas pihak bomba selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan di kawasan kejadian.

Sumber: Sinar Harian 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.