in

“Tanya MITI” – Beri Kelulusan Kepada 128,150 Syarikat Beroperasi Semasa Lockdown, Ismail Sabri Suruh Tanya MITI

Jemin X Sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, panas di media sosial mengenai isu begitu banyak syarikat mendapat kelulusan untuk beroperasi ketika ‘total lockdown’ diadakan meskipun diklasifikasikan sebagai non-essential.


Perkara ini menjadi persoalan masyarakat kerana ramai yang bimbang lockdown yang diadakan kerajaan ini takkan mampu mencapai sasarannya untuk menurunkan jumlah kes harian COVID 19.

Apabila soalan ini diajukan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya ditanyakan terus kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

932358

Menurut FMT, Ismail berkata, perkara yang membabitkan kelulusan operasi sepatutnya sudah diserahkan kepada MITI untuk diputuskan.

Perkara ini sedang diuruskan oleh MITI, wajar tanya kepada MITI.

“Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada MITI, jadi MITI boleh jawab,” katanya.

Isu ini juga telah menjadi persoalan utama netizen selepas terdapat laporan  yang mengatakan sebanyak 128,150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja telah diberikan kelulusan untuk terus beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu ini.

Pada masa yang sama, kekeliruan juga turut dibangkitkan dalam kalangan netizen selepas ramai yang meluahkan kekecewaan dengan sistem COVID 19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselia MITI apabila ada yang mendakwa mereka susah mendapatkan kelulusan untuk beroperasi.

20200723Ym04

Dato’ Seri Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sejumlah 586,308 syarikat yang melibatkan 10.2 juta pekerja sudah berdaftar di bawah CIMS 3.0 pada jam 7.30 pagi ini.

Namun tambahnya lagi, hanya 20% sahaja yang diluluskan untuk beroperasi dalam tempoh lockdown ini, lapor The Star.

Harap-harap MITI betul-betul decide lah syarikat mana yang essential untuk beroperasi dalam 2 minggu ni. 

Baca: “Sebab saya nak pulang” – Disangka Perli Seseorang Lepas Muat Naik Status Pasal ‘Pintu’, Ini Respon DS Ismail Sabri

Ft Pintudepan

Sumber: The Star
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.