in

“Tanggungjawab tetap diutamakan” – Netizen Puji Sharnaaz Hantar & Ambil Anak Dari Umrah

sharnaaz ambil anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Sharnaaz Ahmad dipuji netizen apabila dilihat berada di lapangan terbang KLIA untuk menjemput anaknya Jebat Jayden yang baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama bekas isterinya Noor Nabila.

Dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik pengguna TikTok @nazilihazirah, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu dilihat mendukung anak tunggalnya selepas dua minggu tidak berjumpa.


@nazilihazirah

nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee ??haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz

♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Difahamkan, Sharnaaz baru sahaja selesai urusan di mahkamah lalu terus menjemput anaknya yang ditemani dengan keluarga bekas isterinya.

“Tanggungjawab tak lepas” 

Video pendek itu mendapat respon yang positif daripada netizen, rata-rata mereka memuji pelakon tersebut yang dilihat masih berhubung baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila demi kebajikan anaknya itu.

Ramai turut berpendapat Sharnaaz seorang bapa yang baik kerana tidak melepaskan tanggungjawabnya, malah semasa keluarga bekas isterinya itu berangkat ke tanah suci, pelakon itu turut menghantar mereka di KLIA.

cats 20

Respek lah! Semoga Sharnaaz dan Jebat sihat selalu…

Baca: “Patut kena ban” –  Lepas Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad Pula Hentam Heroin Penyondol

Ft Sharnaaz Ahmad Sound Pelakon Baru 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.