in

“Patut kena ban” – Lepas Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad Pula Hentam Heroin Penyondol

Ft Sharnaaz Ahmad Sound Pelakon Baru 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan pelakon baru yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam hubungan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan pelakon-pelakon senior.


Ini kerana heroin yang dikatakan menjayakan sebuah drama bersama Aliff Aziz itu ‘terlanjur cinta’ dengan suami Bella Astillah dan kerap menghubunginya.

 

Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamp*s – Sharnaaz 

Sebelum ini, dapat dilihat pelakon Nabila Huda memberikan sindiran pedas kepada individu terbabit dengan mempersoalkan sama ada ingin menjadi pelakon atau pelac*r.

Disebabkan teguran itu mendapat liputan luas, ia telah membuatkan Sharnaaz Ahmad juga turut terpanggil untuk tampil memberi respon.

Menerusi IG Story miliknya, Sharnaaz Ahmad yang juga dikenali dengan sikap lantang dan keberaniannya dalam membuat teguran dan mencurahkan pendapatnya menyatakan bahawa, pelakon yang menjadi punca kerosakan rumah tangga ini patut kena ban, tak kira lelaki mahupun wanita.

“Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamp*s, orang macam ni (lelaki atau wanita) patut kena ban dari berlakon atau keluar TV.”

Img 6904

Sebelum ini, Bella Astillah mendedahkan ada pelakon yang kerap menghubungi Aliff Aziz sehingga mengakui bahawa dirinya dah ‘terjatuh cinta’ dengan pelakon tersebut.

Bella dalam satu temubual sebelum ini menyatakan bahawa, tidak dinafikan bahawa dia risau kejadian sama berulang kembali, namun begitu Bella menyatakan bahawa Aliff Aziz ada ajak dia datang ke set penggambaran bersama.

Dalam pada itu, Bella turut mempertikaikan intergriti pelakon tersebut kerana Bella sendiri pernah berlakon dengan suami orang, Zamarul Hisham tetapi tidak pernah menghubungi pelakon itu.

Baca : “Nak jadi pelakon ke pelac*r” – Dakwa Tersuka Aliff Aziz Masa ‘Shooting’, Nabila Huda ‘Sound’ Pelakon Baru

Ft Nabila Huda Sound Pelakon Baharu

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.