in

Tangguh Lagi….

Pru Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak jam 5 petang lagi, rakyat Malaysia dah tunggu depan TV dengan semangat yang berkobar-kobar kerana sejarah Malaysia tercipta. Seperti semua tahu, Tun M akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 selain kerajaan baru bakal ditubuhkan. Malaysia yang baru!


Mahathir 2
sumber: facebook

Semalam, Tun M berkata bahawa beliau berharap akan mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini namun upacara itu ditangguhkan. Selepas masa baru ditetapkan, Tun M dijadualkan berbuat sedemikian pada jam 5 petang ini namun di saat semua rakyat menantikan detik itu dengan penuh teruja, sekali lagi ia DITANGGUHKAN! Apehal niiiii….

Kira-kira jam 4.40 petang, Tun M dilaporkan tiba di pekarangan Istana Negara namun selepas menunggu lama, tiada pengumuman mahupun upacara angkat sumpah tidak bermula.

Whatsapp Image 2018 05 10 At 17.55.31

Tadi, satu post yang dimuat naik di Twitter oleh wartawan CNA, Sumisha mengatakan bahawa Istana Negara mungkin tidak akan meneruskan upacara angkat sumpah tersebut, hari ini.

Mahathir
sumber: twitter

 

Selepas 2 jam menanti di kaca TV, rakyat semakin gelisah dan marah kerana upacara itu masih belum dilakukan. Namun, terbaru, tweet dari Sumisha mengatakan upacara tersebut akan berlangsung pada jam 9.30 malam ini. Jangan tangguh lagi sudehhh….

Twitter
sumber: twitter

 

Sama-sama kita tunggu! Harap-harap tak tangguh lagi…

Baca: “Dia kena terima hukuman” – Tun M

Najib Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.