in

“Dia kena terima hukuman” – Tun M

Najib Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ditanya jika beliau dan pentadbirannya akan membalas dendam terhadap pihak lawan, Tun M mengatakan mereka tidak akan berbuat sedemikian, lapor Malaysiakini.


Namun, menurutnya jika Datuk Seri Najib Razak didapati telah melanggar undang-undang, beliau perlu menanggung akibatnya. There you go!

Tun M
sumber: malay mail

“Peraturan undang-undang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan ini. Tidak akan ada unsur balas dendam. Bagaimanapun, katakan jika Najib melakukan sesuatu yang salah, dia akan menghadapi akibatnya.”

Semua tahu, Najib Razak dikaitkan dengan isu 1MDB sejak hampir satu dekad lalu. Syarikat yang ditubuhkan dan berkuat kuasa pada tahun 2009 itu telah disiasat oleh pelbagai bidang kuasa dari seluruh dunia.

Najib
sumber: malaysiakini

Najib telah menamatkan perkhidmatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan peguam negara, Abdul Ghani Patail pada tahun 2015.

Mohamed Apandi Ali yang menggantikan tempat Abdul Ghani kemudiannya membuat kenyataan pada Januari 2016 mengesahkan bahawa Najib Razak tidak terlibat dalam kes 1MDB.

Admin pasti ramai rakyat yang tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk nantikan perubahan yang akan berlaku kepada tanah air kita yang tercinta ni. Sama-sama kita nantikan!

Baca: “Boleh pulak langgar peraturan sesuka hati dia”

Najib Pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.