in

“Tangan zombie ke tu?”- Ramai Seram Tengok Cendawan Ini Sebab Menyerupai Jari Manusia

F1 Mushdead

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cendawan merupakan salah satu tumbuhan yang digemari oleh kebanyakan orang sebab ia boleh dimasak bersama sayur goreng campur atau sup. Buat nasi goreng pun sedap ni. 


Namun, kita diingatkan untuk ketahui spesies cendawan yang boleh dimakan sebab ada banyak juga jenis-jenis cendawan beracun. So korang tak digalakkan untuk kutip sendiri cendawan di hutan ya. 

Mushdead 2

Baru-baru ini pula, tular di media sosial tentang satu spesies cendawan yang menyerupai jari manusia!

Menurut Mirror UK, kulat tersebut telah dijumpai oleh seorang lelaki iaitu Mike Roberts di hutan di Colwyn Bay, North Wales ketika dia sedang berjalan di kawasan berkenaan.

Rupanya, cendawan yang dipanggil ‘jari manusia’ atau zombie itu dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Xylariaa Polymorpha.

Yang seramnya, cendawan yang ditemui oleh lelaki yang berusia 31 tahun itu memang persis macam jari orang sebab ada lima ‘jari’. Kalau terjumpa time hiking kat Malaysia ni memang confirm ramai yang terus balik! 

Mushdead 3

Gambar cendawan itu kemudiannya dikongsikan oleh Roberts di media sosialnya dan ia telah meraih sehingga 70 ribu likes daripada netizen yang rata-rata terkejut dan seram dengan rupa bentuk kulat tersebut.

Untuk pengetahuan semua, spesies cendawan ‘jari mayat’ ini memang banyak tumbuh di Ireland dan United Kingdom. Jadi, kejadian ni tak ada la pelik sangat di sana.

Sumber: Mirror UK

Baca: “Macam cendawan” – Tak Jejak Tanah, Rumah Unik Di Jepun Ini Hanya Dibina Di Atas Tangga

Mushdead 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.