Terdahulu, kecoh apabila seorang wanita mendedahkan ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang teruk selepas makan hidangan cendawan yang dipercayai beracun.
Menurut wanita tersebut, cendawan itu dipetik oleh suaminya di sekitar kawasan rumah mereka. Menyangka ia tidak berbahaya kerana memiliki rupa seperti cendawan busut, wanita itu memasak hidangan menggunakan cendawan itu.
Kenali spesies cendawan Chlorophyllum Molybdites
Spesies cendawan Chlorophyllum Molybdites memiliki rupa dan saiz seperti cendawan busut. Faktor ini menjadi antara punca utama penyebab kejadian keracunan yang berlaku disebabkan cendawan.
Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran, cendawan spesies itu memiliki toksin atau racun yang boleh menyebabkan pemakannya mengalami loya, muntah dan cirit-birit.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta kesan lain seperti deman dan sakit kepala.
Racun daripda cendawan spesies itu juga berpotensi untuk memberikan kesan jangka masa panjang seperti kegagalan buah pinggang. Lebih parah, ia boleh menyebabkan kematian.
Menerusi hantaran yang sama, PHM menasihati orang ramai agar tidak memetik cendawan yang tidak diketahui spesiesnya, terutamanya pada musim hujan ini. Orang ramai juga dinasihati untuk mengenali reputasi dan penjual cendawan agar ia selamat.
Hati-hati semua!
Kredit: Kosmo
BACA: [VIDEO] Muntah-muntah & Lemah, Wanita Tak Sangka Cendawan Dipetik Tepi Rumah Rupanya Beracun