in

Cendawan Dari Najis Lembu Kini Jadi Dadah Pilihan Di Kelab Malam & Parti – Bukit Aman

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah mengesan cara jijik dan kotor terbaru bagi menghasilkan dadah termasuk menggunakan cendawan yang dihasilkan dari najis lembu.


Menurut Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) DCP Zainudin Ahmad, dadah ini biasanya dibuat dalam bentuk cecair dan dicampurkan ke dalam minuman ketika mengadakan parti liar atau di kelab malam.

Zainudin Ahmad 060421

Najis lembu akan menghasilkan cendawan dan akan diproses menjadi dadah dan sesiapa yang mengambilnya akan berhalusinansi.

“Ujian air kencing yang dibuat ke atas individu yang mengambil dadah jenis ini akan didapati positif.”

Tambahnya lagi, walaupun penggunaan dadah ini belum digunakan secara meluas dan agak kurang popular di pasaran tempatan, pihak polis masih akan memantau permintaan terbaru ini.

Jelasnya lagi, permintaan untuk kanabis, syabu dan heroin masih lagi tinggi. Ekoran pandemik, sindiket jual dadah kini lebih aktif menggunakan e-hailing dan perkhidmatan kurier untuk menjalankan aktiviti mereka.

Malah, sejak 18 Mac tahun lepas sehingga semalam, pihaknya telah membuat sebanyak 156 tangkapan melibatkan penghantar dan penerima melalui e-hailing (40 tangkapan), kurier (100) dan e-commerce (16).

 

Baca: Tak Nak Bagi Dua Anak Kena Tangkap Sebab Hisap Dadah, Mak Halang AADK Masuk Rumah Sambil Pegang Parang

Screenshot 2021 04 06 At 11.15.03 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.