Rasanya isu tandas kotor di sesebuah sekolah ni bukanlah satu perkara yang baru malah sejak dari dulu lagi ianya sering menjadi topik perbualan netizen sehingga ke hari ini…
Namun, pengasingan tandas bagi guru dan pelajar kembali menjadi perbualan hangat kerana dikatakan penjagaan kebersihannya juga dibezakan apabila tidak diberi perhatian oleh sesetengah pihak terutamanya bagi tandas pelajar.
Menerut satu perkongsian tweet yang dibuat oleh seorang pensyarah di akaun Twitter miliknya @sitiraudzah, meluahkan pendapat sendiri tentang ‘trend’ yang telah lama menjadi kebiasaan di setiap sekolah di negara kita.
Tandas guru & murid sepatutnya tak perlu diasingkan. KPM perlu usahakan agar tandas2 di sekolah kerajaan bersih, bekalan air mencukupi, & sehingga ianya layak digunakan oleh para guru. Bila diasingkan, isu tandas murid kotor di seluruh negara tk akan selesai sampai bila2.
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) March 29, 2022
Ujar pensyarah ini lagi, dia mengharapkan penglibatan dari pihak atasan untuk tidak lagi mengasingkan tandas sekolah kerana perancangan yang teliti dapat membantu agar isu tersebut dapat diselesaikan.
“Kena ada perancangan bersepadu juga sebenarnya. Saya tahu ada guru yg tak setuju bercampur sebab ada sesetengah tandas sekolah.” – Tambah pensyarah itu
“Dulu sorok2 gi tandas cikgu…”
Disebabkan tweet yang dibuat itu, ianya telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana rata-rata bersetuju dan tak kurang juga yang berikan pendapat sebaliknya. Siap ada yang throwback zaman belajar dulu haa…
Ramai juga yang menegaskan bahawa kebersihan tandas pelajar sangat penting kerana keadaan sekeliling di kawasan sekolah juga boleh memberikan kesan kepada kelakuan dan juga tahap fokus pelajar.
Min terus teringat toilet kat sekolah dulu, nasib baik selalu juga buat gotong-royong… Hehehe…
Baca: “Dengar bunyi pelik masa flush” – iPhone Wanita Ditemui Dalam Lubang Tandas Lepas 10 Tahun Lesap