in

“Dengar bunyi pelik masa flush” – iPhone Wanita Ditemui Dalam Lubang Tandas Lepas 10 Tahun Lesap

F2 Toilet Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang sebuah iPhone yang dicuri di sebuah kedai selepas pemiliknya tertinggal telefon berkenaan di kaunter pembayaran. Nasib baik lepas tu phone itu dapat ditemui semula.


Kali ini kami nak kongsikan dengan anda sebuah kisah juga tentang iPhone yang lesap selama 10 tahun tanpa diketahui keberadaannya. Telefon pintar Apple itu hanya ditemui baru-baru ini di dalam lubang tandas!

Toilet Iphone 3

Memetik laporan Mirror, pemilik iPhone yang dikenali sebagai Becki Beckmann itu mengatakan telefon itu hilang sekitar tahun 2012 di rumahnya sendiri.

Namun, beberapa hari lepas, suaminya mula terganggu dengan bunyi pelik yang kedengaran dari dalam tandas setiap kali mereka mengepamnya. Jadi, disebabkan bunyi tu annoying, lelaki itu putuskan untuk membenamkan pelocok ke dalam lubang tandas.

Pasangan ini terkejut sebab mereka menjumpai iPhone yang hilang 10 tahun lalu. Difahamkan, pada mulanya, mereka beranggapan bunyi aneh dari tandas itu tak ada apa dan mereka sendiri tak ambil kisah sangat sebab ingatkan ia berpunca daripada tandas yang dah lama usianya.

Toilet Iphone 2

Dalam gambar di Facebook yang dikongsikan oleh Becki, dapat dilihat yang telefon iPhone itu dah tak sempurna dengan bahagian luarannya hampir terkopek sehingga mendedahkan dalamannya.

Wanita itu juga pelik macam mana telefon tu boleh jatuh ke dalam tandas dan ketika ia lesap, dia masih ingat yang dia tidak keluar dari rumah dan tidak minum minuman keras.

Jadi, dia pun move one dan terus beli telefon baru selepas kejadian iPhone terbabit hilang tanpa jejak.

Nasib baik sekarang peranti Apple dah ada fungsi Find My iPhone, kalau tak susah jugak nak jumpa balik phone yang hilang. 

Sumber: Mirror

Baca: Kes Curi iPhone Di Kedai Bakery, Polis Berjaya Tahan Suspek Kurang Dari 24 Jam 

Toilet Iphone 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.