in

Tan Lee Bee : Individu Yang Sering Dipersendakan Oleh Netizen Kerana Dianggap Main TikTok Ini Bukan Calang-Calang Orang

Lee Bee4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita lihat setiap perutusan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung berkenaan dengan PKP dan Covid-19 ini, akan ada individu yang terpapar di bahagian kanan skrin memberikan terjamahan bahasa isyarat buat golongan OKU yang pekak dan bisu.


Amat mendukacitakan apabila ada yang mempersendakan oleh segelintir netizen tanpa menghargai kerja dan jasanya kepada rakyat Malaysia. Mereka anggap wanita berusia 58 tahun yang dikenali sebagai Tan Lee Bee ini sedang bermain TikTok.

Namun sebenarnya kerja Tan Lee Bee ini tidaklah semudah yang disangka, dan beliau ini bukanlah calang-calang orang.

 

Berkhidmat lebih 25 tahun di RTM sebelum ke luar negara

Lee Bee memulakan kerjayanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986. Menerusi Harian Metro, beliau berkata pada waktu itu menteri penerangan mahukan ada jurubahasa berita ringkas yang diselitkan bagi keperluan golongan pekak dan bisu menonton serta memahami isi kandungannya.

Malah, ketika waktu tersebut Lee Bee masih mengajar di Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor selama 17 tahun sejak 1980. SPM pula menjadi titik mulanya terbabit dalam dunia penyiaran.

Kemudian tahun 1988, Lee Bee mendapat tajaan biasiswa daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Orang Pekak di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat

Selepas setahun, wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini pulang ke tanah air dan kembali mengajar. Katanya lagi sepanjang menyambung pengajian, Lee Bee didedahkan dengan banyak kemahiran berbahasa isyarat yang mana ketika itu, hanya Lee Bee saja sempurna dan rakan-rakan sekuliah adalah OKU.

 

Mula tukar bidang ke dalam bidang penyiaran secara tetap pada tahun 1955

Bermula pada 1995, Lee Bee kembali berkhidmat di RTM sehingga ke hari ini melalui program Nasional 8 sebagai jurubahasa isyarat sepenuh masa.

Kerjanya begitu mencabar kerana perlu memahami dan menterjemahkan ayat menjadi bahasa isyarat yang mudah diterima oleh golongan-golongan OKU pekak.

“Gerak tangan, mimik muka dan bahasa badan perlulah seiring dengan apa yang dibacakan serta perlu pantas berfikir untuk memenuhi tahap Bahasa Isyarat Malaysia (BIM),” tambahnya.

Lee Bee juga berkhidmat di mahkamah serta syarikat-syarikat korporat yang mempunyai pekerja OKU bagi tujuan penerangan, mesyuarat dan taklimat. Menurutnya, pengalaman di mahkamah lebih mencabar kerana kerana perlu berdepan dengan pelbagai situasi kes dan perlu berlakon untuk menyampaikan maksud.

“Ada kalanya kes berlarutan selama tiga hari maka saya perlu bertugas mengikut keperluan yang ditetapkan oleh peguam dan hakim” 

Sejak perkongsian mengenai Lee Bee viral di Twitter kerana identiti mula didedahkan akibat tumpuan netizen, perkongsian meraih 14K retweets dalam masa 3 hari ia dikongsikan pada 12 May 2020 lepas.

Ramai juga netizen yang memebri sokongan moral terhadap kerjayanya ini disamping segelintir netizen yang jadikan bahasa isyarat yang gunkannya sebagai bahan lawak.

 

Some people have no boundaries in making jokes – Netizen

Lee Bee Lee Bee2 Lee Bee3

Hurm, harap lebih sensitif kalau nak berlawak, kerana ia mungkin telah mengguris hati segelintir pihak kerana ia merupakan salah satu bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan golongan OKU ini.

 

Baca: “Celah mana terhibur anj*ng” – Netizen Sumpah Seranah Bila Pemuda Ini Buat Lawak Dekat Penterjemah Bahasa Isyarat Berita

Lee Bee 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.