in

“Ni anak aku. Memang aku emosi” – Murid Cedera Di Sekolah, Bapa Luah Rasa Tidak Puas Hati

Syaz Ft 2026 05 20T172720.223

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu hantaran oleh seorang bapa di aplikasi Threads mengundang simpati ramai selepas beliau meluahkan kekecewaan berhubung insiden kecederaan fizikal yang dialami anak lelakinya di sebuah sekolah di Kuantan.

Menerusi foto yang dikongsikan, kanak-kanak tersebut mengalami luka torehan yang panjang dan mendalam pada bahagian dahi sehingga meninggalkan kesan darah yang banyak pada pakaian seragamnya.


Artikel berkaitan: Wanita 70 Tahun Jadi Mangsa B*nuh, Kepala Cedera Dipercayai Dit*tak

Artikel berkaitan: Tergamak C*cuh R*kok & Siram Air Panas, Bapa Durjana Ditahan Dera Anak Kandung Berusia 2 Tahun

1 3

Kesal Tindakan Pihak Sekolah

Bapa mangsa mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lambat mengambil tindakan kecemasan. Beliau berpendapat pihak pengurusan sepatutnya segera menghubungi ambulans atau membawa anaknya ke hospital terlebih dahulu, bukannya menunggu kehadiran ibu bapa.

Beliau turut menyatakan rasa ralat apabila usaha melaporkan perkara itu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan gagal selepas panggilannya tidak dijawab.

Kecewa Respon Ibu Bapa Pelaku

Lebih mencetuskan kemarahan bapa ini adalah maklum balas daripada ibu bapa kanak-kanak yang didakwa mencederakan anaknya. Ibu pelaku didakwa bersikap tidak serius dan ketawa semasa dihubungi, manakala bapanya menganggap insiden itu perkara biasa selain menawarkan bayaran pampasan RM250.

2

Beliau menegaskan isu utama bukanlah wang ringgit, sebaliknya kesan emosi serta parut kekal yang terpaksa ditanggung oleh anaknya pada bahagian muka.

Laporan Polis Telah Dibuat

3
Susulan insiden itu, bapa mangsa mengesahkan satu laporan polis telah dibuat bagi menuntut keadilan. Beliau yang bekerja secara jarak jauh (PJJ) menegaskan akan menggunakan saluran undang-undang sepenuhnya agar kes ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.