in

“Takut kena samun je ni”- Wanita Tunjuk Tukar Wang Tunai RM 2 Juta Untuk Raya Dikecam Netizen

F4 Duit Raya Angpau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain buat persiapan baju raya dan kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung, korang yang dah kerja ni dah siapkan ke belum duit raya dalam sampul untuk bagi pada anak-anak buah di pagi raya nanti?


Tapi rasanya, zaman sekarang ni kalau tak ada cash pun tak ada masalah, sebab boleh je transfer duit raya melalui online banking kan.

Namun, bagi seorang wanita ini pula, dia telah menjadi perhatian ramai di TikTok beberapa hari lepas setelah berkongsikan video dirinya ke bank untuk menukar wang dalam jumlah yang banyak untuk raya ini.

Duit Raya 3

Dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu, dapat dilihat wanita berkenaan yang memakai kain batik dan t-shirt sedang berada di sebuah tempat, dipercayai bilik khas di sebuah bank untuk menukar wang yang dikatakan berjumlah RM2 juta.

Duit Raya 2

Video yang dikongsikan itu kini telah ditonton sebanyak 2.5 juta kali di TikTok dan telah mendapat lebih lima ribu komen daripada netizen.

Rata-rata netizen menegur wanita berkenaan yang merupakan seorang usahawan agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk dan ada juga yang menasihatinya supaya tidak berkongsikan perkara seperti itu di media sosial kerana bimbang dia mungkin menjadi mangsa rompak atau ragut nanti.

Betul jugak tu, penjahat sekarang pun makin advanced, dorang boleh guna maklumat yang ada di internet je untuk curi harta benda orang.

Tak kurang juga ada yang mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki.

Min yang cuma ada RM50 dalam akaun bank memang tak boleh relate dengan duit banyak-banyak macam ni.

Baca: Duit Ibu Lesap RM600 Gara-gara Dipukau Scammer Pakai Baju TNB 

Duit Raya 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.