in

“Hadiah anniversary yang terindah” – Suami Isteri Sebak Akhirnya Dapat Zuriat Selepas 16 Tahun Menanti

16 Tahun Menanti Zuriat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga adalah memiliki zuriat sendiri.


Bagi pasangan yang sedang cuba untuk hamil (TTC), sememangnya penantian suatu perkara yang memenatkan tetapi perlu setia bersabar kerana pastinya akan diberikan ganjaran setimpal.

16 tahun menunggu untuk mendapatkan zuriat, penantian suami isteri ini akhirnya membuahkan hasil apabila mereka bakal dikurniakan cahaya mata sulung.

Berkongsi detik kegembiraan di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Haznie Rozleen menyatakan kisahnya bermula apabila dia menyedari kedatangan haid sedikit lewat dan merasakan perubahan luar biasa pada badannya.

Artikel berkaitan: “Orang ingat cucu”- Lelaki Tak Malu Dapat Anak Di Usia 43 Tahun, Lepas 15 Tahun Menanti

Screenshot 2024 05 09 162106

“Dah reda dan nekad ambil anak angkat”

Kongsinya, sudah beberapa kali kecewa dengan keputusan dari ujian kehamilan namun kali ini mendapati ia adalah positif selepas keluar dua garisan pada alat berkenaan.

Dia juga memberitahu sudah bersedia untuk reda dan berhasrat untuk mengambil anak angkat, namun tidak menyangka mendapat berita yang dinanti-nanti sepanjang perkahwinannya.

Haznie turut berkongsi momen indah sewaktu dia memaklumkan kepada suami mengenai khabar gembira tersebut. Mereka berdua sama-sama berpelukan erat dan sebak dengan berita gembira itu.

“Subhanallah, Allahuakbar, tak terkata. Hanya air mataku sahaja yang gugur. Pertama kalinya dalam 16 tahun usia perkahwinanku ujian kehamilan naik dua garisan!

“Allah Maha Besar! Ya Allah, kau makbulkan doa-doaku. Menangis sepuasnya di malam dengan penuh kesyukuran.”

@haznierozleen

Memori yang tak dapat dilupakan.. 😭Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan Kami REZEKI TERAGUNG! 😭 SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR! Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui.. KUNFAYAKUN.. Apabila Allah kata YA! Maka wujudla DIA.. ALLAH turunkan kami dengan rezeki Natural Pregnancy.. ALLAH ALLAH ALLAH! Syukur Kami kepadaMU, BERTAPA BESAR dan CANTIK segala percaturanMU.. Bertapa BESAR nya hadiah mu untuk kami ditahun ini.. 😭 Kupanjatkan doa lagi dan lagi padaMU agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yg mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehinggala dia lahir kedunia ini melihat Ibu Ayah dan keluarga Nya.. Aminnnn YRA.. ♥️ #TTC #ttcjourney #16yearsmarried #firstbaby #naturalpregnancy #fyp #baby2024

♬ original sound – Haznie Rozleen Haron – Haznie Rozleen Haron

Berkongsi kegembiraan itu, Haznie turut meminta orang ramai untuk mendoakannya dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut sebak melihat perjuangan pasangan ini dalam mendapatkan cahaya mata.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta Haznie dan lain-lain untuk mendoakan mereka yang juga pejuang dua garis.

Screenshot 2024 05 09 162407

Alhamdulillah.. Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.