Banyak perkara dan tindakan yang dilakukan tidak terjangkau dek akal apabila dalam keadaan terpaksa atau terdesak.
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pemandu kereta bertindak melanggar palang tol, difahamkan tindakannya itu dilakukan kerana dia tidak mempunyai baki yang mencukupi dalam kadnya.
Artikel berkaitan: “Minta maaf pun takde” – Kak KM Mengamuk Suami Langgar Tembok Sampai Kereta Rosak
Artikel berkaitan: Nak Lari Dari Polis, Pasangan Kekasih ‘Pecut’ Kereta Sampai Langgar Palang Tol Rupanya Positif Dadah
Dalam rakaman dashcam perkongsian @h315t_dashcam di TikTok itu, kedengaran individu empunya kereta sudah berkata ‘baki kurang’ merujuk kepada kereta di hadapannya itu, lalu dia terkejut apabila kereta tersebut dengan selamba merempuh palang tersebut.
Video pendek berdurasi 29 saat itu juga memaparkan kondisi palang tersebut yang senget dan naik ke arah yang bertentangan kerana dilanggar pemandu tidak bertanggungjawab itu.
“Tak tahu nak gelak ke nak kesian”
Video pendek itu sudah pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, walaupun ramai yang memberikan kecaman terhadap individu itu namun ada juga yang terhibur melihat keadaan palang tol itu selepas ia dilanggar.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah pun mendapat lebih 150 komen, 180K tontonan serta lebih 5K likes.
Sumber: TikTok