in

“Minta maaf pun takde” – Kak KM Mengamuk Suami Langgar Tembok Sampai Kereta Rosak

Kak Km 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal usahawan terkenal ni? Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sering terpalit dengan isu kontroversi. Selain mempromosi produk kesihatan, usahawan ini juga selalu berkongsi video kehidupannya di platform TikTok.


Artikel berkaitan: “Memalukan!” – [VIDEO] Kak KM Dikecam Aksi Pukul Punggung Artis Di Tempat ‘Public

Artikel berkaitan: [VIDEO] Normah Damanhuri Menangis, Terharu Kak KM Belikan Kereta ‘Cash’ Lebih RM100,000

Semalam, Kak KM ada memuat naik satu video di akaun TikToknya memaparkan keadaan kereta Toyota Alphard yang remuk di bahagian belakang gara-gara terlanggar tembok rumah.

@lianaroslikakkm

😩😫

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

Dalam video tersebut, Kak KM seolah-olah reda dengan apa yang terjadi kerana kejadian itu tidak boleh dielak, namun apa yang menyebabkan Kak KM marah adalah perbuatan itu dilakukan oleh suaminya tetapi dia langsung tidak meminta maaf.

Difahamkan suami Kak KM, Razman Ramli pada mulanya mahu memasuki parkir di hadapan rumah namun secara tidak sengaja dia tertekan pedal reverse sehingga kereta tersebut menghentam tembok. Kak KM juga terkejut bila dia melihat keadaan pintu kereta yang rosak terkepak sebelum mereka menggunakan khidmat lori towing untuk menarik kereta tersebut.

“Ini namanya menaya. Tak tahu nak sama-sama jaga harta.”

Jelas suara Kak KM, dia kesal dengan apa yang terjadi malah melontarkan kata-kata kesat kepada suaminya yang dikatakan tidak tahu menjaga harta benda.

Menurut laporan Mstar yang telah menghubungi Kak KM, dikatakan Kak KM tidaklah marah disebakan kereta rosak dan remuk di bahagian belakang tapi dia marah sebab suaminya langsung tidak ucapkan kata maaf dan mengaku kesilapan diri.

Dia juga faham kejadian yang berlaku memang tidak boleh dielak. Tambah Kak KM, dia berkongsi video itu bukanlah untuk memburuk-burukkan suami tapi mahu orang lain mengambil pengajaran supaya ringan untuk berkata maaf jika melakukan kesalahan.

Walau bagaimanapun, video ini dibanjiri komen netizen yang ‘memujuk’ Kak KM untuk bertenang. Ada juga yang mengaitkan kata-kata Rosyam Nor bahawa perempuan bila dah bekerjaya, dia berlagak.

Kak Km 1

Kak Km 2

Apa-apa pun moga tabah ye Kak KM dan family. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.