Bukanlah satu keluhan, tapi apabila seseorang itu mula berhijrah pasti ada sedikit bebanan yang mereka akan lalui berkenaan dengan pakaian mereka. Bagi menjana istiqamah, pastinya pakaian yang pada waktu itu sudah dianggap melebihi batasan.
Jadi, jika ingin diagihkan kepada orang lain, pasti terfikir bahawa diri akan jadi pendorong utama kepada penerima melakukan dosa.
Padam baju seksi dulu
Enggan tergolong dengan sikap sebegitu, seorang bekas pramugari tekad untuk menanam baju-baju seksinya yang masih elok.
Menerusi laporan mStar Online, biarpun rasa sayang, tujuanpemilik pakaian yang dikenali sebagai Tasha ini menyatakan bahawa jika ia berkaitan dengan hal tuntunan agama. Ftasah
\Jadi, pakaian tersebut memang tak sesuai untuk disedekahkan biarpun untuk hantar ke pusat pengumpulan baju terpakai untuk golongan memerlukan.
Oleh sebab tindakannya itu tular dan jadi perhatian warganet, Tasha berharap orang orang tidak mempertikaikannya kerana dirinya berpegang pada prinsip ‘enggan menyebarkan dosa’.
https://www.instagram.com/p/ChbMKQUpoWC/
“Baju sesi tanam saja…kalau prelove nanti kakak pula tanggung dosa kamu. Zaman muda jahil, tak dengar ceramah agama.”
“Sekarang masih banyak baju-baju cantik dan branded kak Tasha tak nama dan nak jual murah. Kalau ada yyang berminat dengan baju, kasut, jam, buku-buku, baju budak dan permainan…serendah 10 sen.”
Tasha atau nama sebenarnya Amylia Natasha Aziz merupakan bekas pramugari, dia berkhidmat sejak 2010, jadi pakaian tersebut sudah lama terperam di dalam almarinya iaitu sejak 6 tahun lalu.
Katanya lagi, ia disebabkan penghijrahan semasa dia masih bekerja dalam bidang tersebut, kira-kira tahun 2016. Tempat ia dibuat secara ‘perlahan’ atas faktor kerja.
“Semasa kerja kakak terpaksa buka tudung, kemudia apabila di luar waktu kerja akak akan kembali memakainya.”
“Baju-baju seksi seperti itu memang dah lama terperam dalam almari. Ada juga yang dibeli tapi tak sempat dipakai..terus sahaja dilupuskan.”
Baca :“Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan