Seorang gadis berusia 18 tahun tergamak membunuh anaknya sendiri sebaik sahaja dilahirkan. Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri dekat Nonthaburi, Thailand pada 23 Julai lepas.
Menurut remaja bernama Aom itu, dia tidak tahu dirinya mengandung sehinggalah sampai saat dia melahirkan. Disebabkan takut teman lelakinya dapat tahu kerana katanya bapa bayi itu adalah lelaki lain, dia buat keputusan untuk tamatkan riwayat anaknya.
Saya pergi ke tandas selepas rasa bahagian bawah perut saya memulas. Kemudian bayi itu keluar dan saya panik.”
Saya tak mahu teman lelaki tahu. Saya buat keputusan untuk tuang cecair pembersih longkang ke bahagian muka dan ke dalam mulut anak saya kemudian campak dia. Selepas tu saya bersihkan darah di dalam tandas.”
Bayi malang itu telah dibungkus di dalam plastik hitam dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 3 sebelum dijumpai oleh penduduk pangsapuri itu.Tindakan Aom berjaya dirakam CCTV pangsapuri itu dan teman lelakinya, Jay, 23, turut ditahan.
Mereka berdua dikatakan telah menyembunyikan diri di rumah berdekatan selepas Aom mencampakkan anak itu. Ketika pihak polis datang serbu, rumah mereka kosong tetapi ada kesan tompokan darah yang sepadan dengan DNA Aom.
Jay bagaimanapun memberitahu mahkamah dia langsung tidak terlibat dalam kes itu namun tetap ditahan reman oleh polis yang tidak percaya dengan kenyataannya.
Dia (Aom) cuma suruh saya beli tuala wanita dan saya tinggalkan dia berseorangan pada hari itu. Bila saya pulang, bilik itu dah dibersihkan tetapi saya tidak perasan apa-apa yang mencurigakan tetapi teman wanita saya keletihan.”
Kedua-dua mereka kini dalam tahanan reman manakala bayi itu dilaporkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital akibat kecederaaan dalam yang teruk.
Macam mana boleh sampai hati campak bayi sekecil tu?