in

“Kebodohan apa ni?” – Lelaki Tembak Kepala Bayi 10 Bulan Gara-gara Tak Puas Hati Kena ‘Reject’ Dengan Ibunya

Collage 37

Perasaan cinta bila ditolak memang menyakitkan, kadang-kadang ada yang sampai nak gunakan cara halus untuk dapatkan apa yang dorang nak.

Tapi lain pula cerita yang berlaku di US ni, seorang lelaki didakwa menembak seorang bayi berusia 10 tahun selepas ibu bayi tersebut menolak ajakannya untuk berkenalan.

Menurut Buzzfeed News, pihak berkuasa di Fresno, California mengatakan Marcus Antonio yang berusia 23 tahun ni terus-terusan mengganggu Deziree Menagh, 18 tahun, di satu parti pada Sabtu malam lalu.

Ceritanya, Marcus dikatakan pernah berjumpa dengan remaja anak satu ini seminggu sebelum parti tersebut dan bila dia ternampak Deziree di parti tersebut, dia mula bertindak agresif dengan cuba untuk memegang tangan remaja itu.

Deziree yang tinggal berdekatan dikatakan sampai ke parti tersebut awal bersama anak perempuannya, Fayth Percy. Detektif berkata, Marcus telah mengekori Deziree dan cuba untuk memegangnya.

Sub Buzz 6101 1561419690 7.Png

Tak cukup dengan itu, semasa Deziree sedang duduk di laman hadapan, Marcus sekali lagi cuba untuk menarik remaja itu untuk duduk di atas pahanya namun sekali lagi Deziree menolak sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan parti tersebut.

Selepas mengambil anak perempuannya, Deziree masuk ke dalam kereta kawan lelakinya dan memandu pergi, tapi masa dorang tengah buat U-turn dan bersedia untuk berhenti, dorang nampak Marcus sedang berjalan menuju ke arah mereka.

59301518 612674692532537 1080219931762491392 N
Sumber: facebook

Bila Marcus dah sampai dekat kereta yang dinaiki Deziree, dia melepaskan tiga das tembakan ke tingkap sebelah pemandu dan peluru tersebut terkena tepi kepala bayi malang yang sedang dipegang oleh ibunya di kerusi penumpang.

“Kami percaya yang Marcus sedar bayi tersebut ada dalam kenderaan tersebut semasa dia melepaskan tiga das tembakan.” – Ketua Polis Fresno

Pemandu kereta tersebut terus membuat panggilan kecemasan dan mula memandu ke hospital. Dalam perjalanan, ada pegawai polis berdekatan telah membantu mereka menjaga bayi tersebut hingga ambulans tiba.

Bayi Fayth kini berada dalam keadaan kritikal selepas doktor mengeluarkan serpihan peluru dari kepalanya Ahad lepas.

Polis telah menahan Marcus di rumahnya dan dia telah didakwa atas kesalahan cubaan untuk membunuh.

Kalau korang nak tahu, Marcus ni juga merupakan seorang suspek dalam kejadian tembakan melibatkan wanita lain pada malam 27 Mei bila dia pergi ke rumah teman lelaki bekas kekasihnya dan melepaskan beberapa das tembakan dan hampir terkena seorang kanak-kanak di dalam rumah tersebut.

“Memang obvious yang Marcus ni memang tak hargai nyawa manusia termasuk bayi.”

Dah lah cara nak approach perempuan pun kasar lepastu bila kena reject nak marah sampai nak tembak orang.

 

Baca: Ibu Tembak Tunang Anak Perempuan Kerana Berang Dapat Tahu Gadis Itu Hamil

Screenshot 2019 06 25 At 12.44.10 Pm