Bulan Ramadan, bulan yang berkat. Pahala amalan diganjarankan berlipat kali ganda. Namun, kenapa ada segelintir kita yang masih membawa sifat dan perangai lama ke dalam bulan yang mulia ini.
@ZayanMy menerusi akaun twitter miliknya ada berkongsi pasal seorang saudara baru seolah dipinggirkan ketika berbuka puasa di masjid. Kesian dia macam tak ada kawan.
Kenapa korang taknak kawan dengan dia?
Saudara baru kita ni sepatutnya kita bantu dan sokong dia. Bukan pandang slack dekat dia atau taknak kawan dengan dia. Apa salah dia, dia dah dapat hidayah, takkan sebab tattoo tu buat korang taknak kawan dengan dia.
Saudara baru tu kan. Takkan kita nak avoid dia semata-mata sebab ada tattoo. Tak adil untuk dia. Kejahilan tu dia lakukan sebelum terima hidayah.
Baik buruk diri kita Tuhan saja yang tahu. Siapalah kita nak judge orang. Kita pun bukanya baik sangat kan.
Kan, kami pun sedih. Sepatutnya kita ni lah yang kena bantu dan bimbing dia. Bagi dia semangat, raikan dia. Semoga dia istiqomah dan kekal dalam islam.
Betul, tolong lah jangan jauhkan diri dari orang-orang macam ni. Please, bulan mulia ni, kita ajak ke arah kebaikkan dan tunjukkan lah dia ke jalan yang lurus.
Dan yang paling penting, doakan dia untuk istiqomah dan teguh dalam iman.
Begitulah kita manusia, hendaklah saling berpesan-pesan dan saling mengingati antara satu sama lain. Bimbing saudara baru supaya tetap kekal dan terus dalam agama barunya. Insya Allah semua akan dapat ganjaran atas usaha yang kita lakukan. Amiin.