in

Take Note! Ini ‘Deadline’ Kurier Kalau Korang Nak Barang SEBELUM Raya

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min tahu, korang mesti banyak beli baju raya online je kan? Senang, tak yah nak sesak-sesak berebut dengan orang dekat jalan TAR.

Bukan baju raya je nak kena beli ni bila raya kan? Macam-macam nak beli, lagi-lagi tahun ni dah boleh ziarah raya macam biasa, confirm nak pastikan rumah nampak elok kan?


Tapi, stress jugak kalau barang yang korang nak pakai tu urgent lepastu tak sampai sebelum raya macam yang korang harapkan sebab tak sedar deadline kurier. Yelah dorang pun nak beraya jugak, takkan nak hantar barang sampai malam raya kot kan?

So, dekat bawah ni korang boleh tengok tarikh akhir kalau penjual nak hantar bungkusan supaya dapat sampai ke destinasi sebelum hari raya. Take note gaissss

Poslaju Malaysia

Baru-baru ni, Poslaju Malaysia umumkan tarikh akhir pengeposan untuk memastikan bungkusan sampai sebelum raya.

Tarikh Akhir Pos Barang Raya 00 608X860 1

DHL Malaysia

Untuk DHL pula, dorang akan tutup operasi bermula 2 Mei sehingga 4 Mei dan tarikh akhir pengeposan adalah 23 April bagi Sabah, Sarawak dan Labuan serta 27 April bagi Semenanjung Malaysia.

Dhl Tarikh Akhir Pos Barang Raya 608X608 1

Ninja Van

Sementara itu, Ninja Van turut kongsikan tarikh akhir pengeposan melalui Facebook dan mengatakan sekiranya lambat, penghantaran akan ditahan bermula 1 Mei dan mula beroperasi seperti biasa pada 5 Mei 2022.

https://www.facebook.com/ninjavanmalaysia/posts/2020889058082003

City-Link Express

Manakala City-Link Express menasihatkan agar pelanggan tidak menghantar barangan mudah rosak bermula 27 April sehingga 30 April bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

https://www.facebook.com/CityLinkExpress/posts/2215565355258753

ABX Express

ABX Express di Facebook telah kongsikan cut-off date penghantaran barang bagi mendapatkan barang sebelum raya.

https://www.facebook.com/abxexpressmy/posts/537474091079879

Ha, selain rancang perjalanan korang jangan lupa jugak untuk rancang pembelian dan pengeposan barang. Huhuhu

 

Baca: Bukan Senang Jadi Rider, Status Penghantaran ‘Kurier Dikejar Anjing’ Buat Ramai Terhibur

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.