in

“Takde tempat lain kot” – Lelaki Diberkas Lepas Cuba Rompak Bank Sama 2 Hari Berturut

Rompak Bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala dalam movie, ada babak dimana penjenayah akan kembali ke lokasi kejadian dengan bermacam tujuan. Ada yang datang semula sebab nak hapuskan bukti dan ada juga yang datang balik tapi menyamar kononnya orang awam yang tinggal berdekatan sebab nak kukuhkan alibi.

Tapi, insiden yang berlaku di California, Amerika Syarikat ni min tak tahulah apa motif sebenar si penjenayah sebab dia datang semula ke bank sama yang dia dah rompak hanya satu hari selepas rompakan pertama.


Ca Times.brightspotcdn E1633745868161

Memetik laporan portal New York Post, Samuel Brown, 33, diberkas pihak berkuasa tempatan selepas dia cuba merompak Fountain Valley Chase Bank dua hari berturut-turut.

Dalam satu pendedahan kepada media tempatan, Brown yang tinggal di San Diego telah melarikan diri dengan jumlah wang yang banyak ketika kali pertama merompak di bank terbabit pada Isnin lalu.

Point Break Bank Robbing Scene 1108X0 C Default E1633745905730
Gambar hiasan

Pun begitu, wang terbabit mungkin tak mencukupi untuk Brown kerana lelaki terbabit kembali semula ke bank sama awal pagi keesokan harinya untuk melakukan rompakan sekali lagi.

Brown bagaimanapun diberkas polis pada jam 11.15 pagi. Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuklah cubaan merompak di San Diego.

Sumber: New York Post

Baca: John Wojtowicz: Kisah Lelaki Rompak Bank Sebab Nak Bayar Pembedahan Tukar Jantina Kekasih

Collage 20 E1607232234129

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.