in

“Jangan bagi mummy and daddy takut dah tau” – Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Diserang Sawan

Ft Ain Edruce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ain Edruce baru-baru ini berdepan detik cemas dan dilaporkan terpaksa meninggalkan set program Melodi selepas menerima berita anaknya, Soraya diserang sawan secara tiba-tiba di rumah ketika pengacara tersebut berada di set.


Menurut Ain, serangan tersebut dipercayai berpunca daripada demam panas yang dialami anaknya itu dan dia ada juga berkongsi video rakaman CCTV di rumahnya menunjukkan situasi kelam kabut suaminya mendukung Soraya untuk dibawa ke hospital.

Terbaharu, pengacara tersebut berkongsi berita baik apabila Soraya telah dibenarkan keluar dari hospital dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan anaknya tersebut menerusi satu hantaran video di TikTok.

@ain.edruceThank you semua yang mendoakan Soraya.. Alhamdulillah Soraya dah discharged and active mcm biasa dah kat rumah.. Soraya jangan bagi mummy and daddy takot dah tau 😭😭😭 Love You Most❤️♬ Permata – Meer Nash

Tambah Ain lagi, selain sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah, anaknya itu sudah mula aktif seperti biasa dan dalam masa yang sama, dia sempat menitip rasa syukur selain ‘meminta’ anaknya itu supaya tidak membuat dia dan suami takut lagi kerana kejadian tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang turut berkongsi detik cemas mereka ketika anak masing-masing terkena serangan sawan gara-gara demam panas sehingga ada yang dikejarkan ke kecemasan.

Tiktok Ain Edruce

Menurut portal kesihatan KKM, rawatan kecemasan adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak diserang sawan dan mengalami kekejangan yang serius. Biasanya, pesakit akan pengsan tiba-tiba, tubuh badan menjadi kejang dan diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.

Dalam masa yang sama, perkongsian tersebut juga mendedahkan bahawa serangan sawan tidak dapat dihentikan tetapi ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk membantu pesakit yang sedang diserang sawan.

Artikel berkaitan : “Tak nak maafkan” – Gadis Bagi Kucing Hisap R*kok Buat Permohonan Maaf

Artikel berkaitan : Ain Edruce Perjelas Isu Kontroversi Jeritan ‘Kiss’ Ketika Majlis Perkahwinan Janna Nick

Perhatikan anak semasa sawan seperti turutan peristiwa yang berlaku, pergerakan badan, anggota dan tempoh masa serangan sawan itu berlaku.

Bagi mengelakkan kecederaan, jangan alihkan anak yang terkena sawan tersebut, alihkan mereka sekiranya berada dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan raya atau tempat tinggi selain perlu menjauhkan pesakit dari benda-benda berbahaya.

Selain itu, anak yang diserang sawan juga perlu dipusingkan ke kedudukan mengiring untuk mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau muntah sendiri.

Menurut perkongsian MyHealth lagi, sekiranya sawan berterusan lebih daripada 5 minit, sila dapatkan pertolongan doktor.

Sumber : TikTok | MyHealth

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.